Tuesday, 31 January 2012

Dugaan

tak banyak cerita dan  tak banyak bicara
last week adalah dugaan bagi daku dan Acik (adik lelaki ku)
Acik hilang motor kena curi
Daku plak hilang dompet dan telefon bimbit pun kena curi
Dugaan...


" Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yyang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk 
                                                                                    mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita                                                                                       mendekatkan lagi diri kepada-Nya."

Wednesday, 18 January 2012

Segmen: Adore Your Arts Part I


 







Syarat syarat kalau nak join adalah seperti di bawah :-
*Buat satu entry yang bertajuk"Segmen:Adore Your Arts Part I" :- DAH BUAT
*Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini .:- DAH LETAK JUGAK
*Di alu alukan men'follow'  ke semua blog pencinta seni yang menyumbangkan hasil kerja tanda sokongan kepada mereka.[tiada paksaan] :- I FOLLOW....
*Letak satu gambar [originality dari korang]yang korang rasa boleh menggambarkan seni dan gambar tersebut  tidak melibatkan manusia.Terpulang samada nak edit atau tak.[cth:gambar pemandangan atau objek-Gambar boleh di edit untuk penambahan effect seperti lomo dan sebagainya.Tulisan tidak dibenarkan kecuali watermark] 
GAMBARNYA INI
INI HASIL TAK SEBERAPA DARI KU...Bawang ku Bercambah
*Publish entry dan letakkan link entry post korang di kotak komen entry ini tanpa meletakkanhttp:// dan www.*patuhi syarat di atas jika mahu menang :- PUN DAH BUAT JUGAK

Nak tau lebih lanjut boleh jenguk di SINI
Tarikh tutup penyertaan  pada 22 JAN 2012 tepat jam 11.59 malam. 
* kalau ader rezeki aderlah kan...AMIN

Tuesday, 17 January 2012

Kelly's Life Giveaway Just For Fun

Permulaan GA untuk tahun nie
jom kawan2 kita join GA dari Kelly's
ska selalu jenguk blog Kelly's Life tapi tak pernah tinggal komen,
bukan aper segan..hehehehe
Kepada sesiapa yang nak join GA nie boleh dapatkan maklumat lanjut  di SINI 


Kelly's Life Giveaway is Back; 

Kelly's Life Giveaway Just For Fun

GA start today until April 1, 2012

Thursday, 12 January 2012

Family Day di Port Dickson

waaaahhhh lama nya entry nie nak keluar, setahun kemudian, lama bangattt...hehehehe
sorry coz entry nie lama tertangguh duk bersarang dalam draf

Bulan 12/2011, ska dan hubby join family day yang dianjurkan oleh family hubby
tiap-tiap tahun kami akan bercuti atau berkumpul semua sekali
tahun nie destinasi yang di pilih adalah Port Dickson, Negeri Sembilan..ini pun last minute punya plan, coz tahun nie ada anak saudara yang exam UPSR, PMR & SPM
jadi semua dirancang dengan pantas dan agak tergesa, tempat pun dekat jelah...

pada 03 Disember 2011
kami berkumpul pada jam 7.00 pagi di rumah iparku
memulakan perjalanan dengan doa
perjalanan ke PD berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
kami sampai di pantai PD kira-kira jam 8.45pagi..
sampai2 ajer terus cari port lepak sebab dah kelaparan nak breakfast
sian kat budak2 nak mandi tak boleh.. kami hanya singgah sekejap jer
sebab ader plan lain plak sebelum check in ke banglo



oleh sebab dapat check in awal kami plan g muzium tentera
syok tengok perkembangan sejarah dulu2..banyak benda yang kita tak tahu jadi tahu..
anak-anak buah pun layan dengan sejarah tentera negara..
dan banyak peninggalan komunis dan peralatan zaman dulu
yang nampak paling syok bapa mertua ku...
yelah mengimbau semula sejarahnya...
walaupun mudah penat kalau berjalan jauh
tapi kali nie bapa mertua tu nampak steady jer
kami plak yang tak larat dan penat...

comelkan baby nie,..anak pengunjung di muzium tentera PD

pas puas berjalan dah tiba masanya kami g check in ke banglo...
masalah bermula biler nak cari banglo yang kami sewa..
puas pusing tempat yang sama xjumpa2...
rupanya banglo tu kat kawasan yang agak tersorok skit
huhuhu igat hutan jer xde dah umah ker aper
rupanya banyak lagi banglo untuk di sewa kat dalam tu....
biler sampai jer tengok luar banglo tu ok lagi
tapi biler menjejaki kaki ke dalam rumah terus frust...
indah khabar dari rupa...
dalam internet bukan main bersih n kemas
tapi bile tengok sendiri....terus down semangat nk bercuti tu
baik lagi duk umah sendiri selesa
nasib baik lah ader kolam renang yang boleh mengubat sedikit kekecewaan kami
banglo nie ader 6 bilik dan 5 bilik air..
satu bilik air bawah tapi tersumbat plak, kesian bapa mertuaku terpaksa memanjat 20 anak tangga untuk ke bilik air atas..dah ler bapa mertua ku xlarat n sakit perut..
bilik pun xsemengah..ader katil yang patah,  air cond xsejuk,
bumbung bilik air berlubang n ader yang xde tingkap..
aktiviti kami makan tengah hari, mandi kolam renang, karaoke n bersantai di pantai petang tu..





malamnya plak kami wat bbq n chicken dance(mulanya untuk kanak2..alih2 mak bapak pun join sekali, termasuk daku)menari xhingga dunia..pastu pertandingan karaoke..
selepas semua penat menyumbangkan lagu dalam kul 2 pagi kami tido..

04 Disember 2011
pagi2 lagi kaum ibu wat breakfast ringkas, yang bapa n anak2 remaja terjun kolam
lepas terjun kolam dan sarapan kami terus ke pantai mandi manda sebelum check out
anak saudara ku naik banana boat..yang mak2 n yang budak2 kecik nie hanya berendam
pastu balik umah sambung plak berendam dalam kolam renang sekejap
lepas tu berkemas check out...
biler balik nie kami agak lewat tiba di rumah
sebab kebanyakkan kami sakit perut banyak berhenti kat stesen minyak n tak jumpa plak tempat makan tengahari..maklumlah ramai,last2 kami makan tengahari di tesco nilai
percutian kami akhirnya lengkap... tinggal suka dan dukanya yang menjadi kenangan..

next percutian 2012: TERENGGANU OR LANGKAWI, KEDAH

* gambar family dan tuan punya blog tak ader kerana sebab2 yang tertentu..MAAF YE

Monday, 9 January 2012

TAk Taulah...

huhuhuhu...tak tau nak mulakan entry macam mana
semua orang wat entry tahun baru tapi ska.....????
bukan tak nak buat tapi tak pandai nk mulakan....
sudahnya enrty masak2 gak yang jadi...hehehe
layan kan jelah yer korang... sebenarnya banyak enrty menanti dalam draf
ntah kurun ke berapa lah dapat keluarkan agaknya...huhuhu
silap2 tak keluarkan sampai ke sudah coz dah masuk tahun baru..

tak pelah korang layanlah gambar masakan ska yang tak seberapa nie yer....


apam polkadot tempahan dr Nawal untuk weddingnya

kek coklat moist untuk birthday mak su & adik su

makaroni simple makan malam untuk hubby



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...