Posts

Showing posts from August, 2012

Yeaahhh..Ceritera raya 2012

Image
maaflah yer sebab lambat sangat keluarkan cerita raya..bukan aper sebab kamera kesayangan ku telah masuk "workshop"..flash tak berfungsi..time2 raya plak dia buat hal..tapi masih ader lagi gambor walaupun kureng sikit comelnyer.. gambar lemang jer yang dapat snap gambar rendang  lupa..sebab kepenatan dan kelaparan time raya plak sibuk layan orang jadi..xdelah rendangnyer.. balik jer dari ziarah ke kubur orang dah menunggu untuk beraya di rumah kelam kabut jugaklah menghidangkan juadah datang pulak lagi satu keluarga serbu ke rumah  penuh kat ruang yang kecik tu..masing2 nak duduk kat luar berangin katanya,,tu yang penuh bila tetamu semua pulang kami sekeluarga mengambil kesempatan bersalaman dan bermaaf-maafan abang daku bersama nak daranya.. adik2 yang menjaga mak di kampung..tahun nie tahun kedua kami beraya tanpa ayah di sisi.. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. antara anak buahku yang cumel2..

Mood Raya

Image
datang keje ari nie lemau sangat.. badan pun macam tak sihat jer.. masih lagi dalam mood raya.. wat kerja pun lambat ajer..tapi kerja banyak,huhuhu nanti biler dah ok sikit daku akan citer pasal beraya di kampung yer..

Saya Perlukan Sokongan Anda

Image
saya sangat perlukan sokongan dari anda semua untuk membantu saya layak untuk menyertai cabaran dari myChef .. tolong like di  SINI  dan juga di  SINI JUGA  dan  SINI SEKALI kesudian anda memberi sokongan kepada amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.. Jom klik ramai2 dan sokong saya..  senang klik dan like ajer.. pinjam dari Google

Chicken Spaghettini Bake

Image
amboi nama tak mengalah kauu..bukan main lagi.. sebenarnya ini adalah salah satu lagi produk keluaran myChef   di mana hasil dari air tangan oleh Chef Zam nama sebenar produk ini adalah Chicken Spaghettini with Asian Pesto serius sangat sedap..mesti cuba dapatkan produk nie dengan segera dan sertailah pertandingan yang myChef anjurkan..masih belum terlambat untuk rebut hadiah bernilai RM 18,000.00 Jom kita tengok cara penyediaannya: mula-mula panaskan asian pesto nie dan masukkan 125ml susu full krim/ fresh krim,  kemudian alihkan selepas itu cairkan mentega satu sudu masukkan 2 batang sosej yang dihiris bersama sedikit oregano kering .. goreng sementara masukkan suku bawang besar, lada benggala hijau dan merah yang dipotong dadu , kacau hingga sebati masukkan pula 4 biji tomato ceri yang di belah dan juga sedikit garam masukkan spaghetti tadi dan kacau hingga sebati bila dah siap masukkan spaghetti tadi ke dalam bekas untu

Daging BerSos Lada Hitam

Image
ini antara menu campak-campak ikut bahan yang ada dalam peti sejuk Bahannya: 1. 400gm daging di hiris nipis  2. 1 biji Kentang  3. Separuh lada bengala merah & hijau 4. 1 biji Bawang besar  5. 2 ulas Bawang putih   6. 8 sudu Sos Lada Hitam  7. 1 sudu Sos Tiram  8. 2 sudu Kicap manis  9. Sedikit lada hitam yang ditumbuk halus Caranya: 1. Goreng daging yang dilumurkan dengan sos lada hitam (guna 4 sudu) 2. Masukkan kentang dan goreng sekejap 3. Tumis bawang putih, sos lada hitam, sos tiram, lada hitam dan kicap 4. Kemudian letak lada bengala dan bawang besar, kacau hingga sebati  5. Letak sedikit garam jika mahu 6. Siap untuk dimakan bersama nasi putih.. Selamat Berbuka

Satay Cicah Budu...

Image
berbuka dengan family adik ipar aka adik hubby daku tak masak cuma beli satay jer sebab adik ipar dah pesan tak payah masak  senang banyak kan dah ler makan kat rumah orang..hehehee itu dia budu yang menjadi poojaan hati.. satay cicah kuah kacang ler..maner boleh cicah budu ayam goreng berempah yang cukup rempahnye sambal tumis telur puyuh ini baru betul cicahnya dengan ulam kacang botol,  ngan ikan goreng pun sodaaapp.. bawang putih jeruk..daku tak pernah makan..sedap ker?? ini lah set berbuka kami..makan ala kampung selain budu my favourite juga adalah tempoyak,  memang sedap kena pulak dengan ulam2 dan nasi panas..perghh..oppsss puasa..

Dapat Kad Raya dari Blogger Terkenal

Image
happy sangat daku, ingat takde dah orang nak bagi kad raya tapi ader jugak..dapat kad raya dari blogger terkenal lagi tu.. terima kasih pada Kak Ina KL bukan setakat kad raya, dapat hadiah comel lagi tu.. jutaan terima kasih dari saya buat  Kak Ina KL sekeluarga

Epok-Epok Inti Beef Keema Masala

Image
biasanya kalau daku buat epok2 daku akan gunakan kentang lenyek bersama mentega yang diletak daun sup dan lada hitam tapi kali nie daku ubah sikit intinya menggunakan Beef Keema Masala produk dari  MyChef senang sangat cuma buat kulit epok2 saja sebab intinya dah siap 1. tepung gandum 4 cawan 2. air suam setengah cawan (agak2lah jangan bagi bancuhan tepung lembik pulak) 3. garam 1 sudu kecil 4. 1 sudu marjerin di panaskan/ minyak masak 5. 1 biji telur 6. daun sup (letak bersama inti) > bancuh  dan uli bahan di atas hingga menjadi adunan yang mudah dibentuk > panaskan beef keema tadi > ambil doh dan nipiskan  > letak inti beef keema tadi tabur daun sup > lapiskan dengan doh lagi satu di atas doh yang telah diletak inti tadi > kemudian buatlah kelim macam sama macam karipap > buat lubang guna garfu pada epok2 tadi supaya bahagian dalamnya masak > goreng dengan minyak yang sedikit > boleh tengok caranya di gambar di bawah nie kalau tak paham

Buffet TerPanjang

Image
berbuka di rumah kakak daku di Klang macam biasa daku akan di panggil untuk membantu dia memasak nasib baik menu kali nie ringkas ringkas tak ringkas jugaklah.. menunya mee kari , nasi lemak, tauhu sumbat , kuih puteri mandi dan dadih lain2 kuih beli dan orang lain bawak yang bestnya kami memasak menggunakan dapur kayu dan arang terasa kesedapannya dan aroma istimewa..  my hubby bersama abang ipar ku yang membantu mengacau daku tolong campak2 ajer..tak tahan asap kayu api..pedih mata  kakak dan kakak ipar ku tengah buat kuih dan potong cili layan cerita kartun sementara tunggu waktu berbuka.. (hero pemalu bila nak snap gambor terus tutup muka) korang perasan tak tiga gambar yang atas nie..bermula dari dalam rumah sampai keluar meja buffet untuk macam2 makanan dan minuman..semuanya abang ipar daku yang siapkan..