Wednesday, 31 October 2012

Lauk Kampung

adoi lama sungguh tak dapat update blog nie...sibuk ngan tempahan, kerja harian dan kursus...
ini daku nak kongsikan lauk2 kampung yang disediakan oleh mak cik ku masa balik raya di kampung arwah ayahanda di Benta, Pahang...


makan buffet
ulam dan sambal tempoyak colek..menjilat jariiii..
gulai kering daun gelugur...dulu hubby tak penah makan, tp sekarang dah jadi makanan kegemarannya plak...
masak lemak rebung..rebung fresh
samba ltumis  jering..perghh menyengattt
sangat best bila balik kampung mesti kami dihidangkan lauk2 kampung , ulam2  dan buah-buahan..cuma time nie bukan musim buah kalau tak..berbakul durian dan buah langsat yang kita orang bawak balik...

Sunday, 21 October 2012

Udang Serai Extra Pedas


menu untuk makan tengahari pulak

Stepnya:

*tumis bawang putih seulas (ketuk aje)
*masukkan sebatang serai yang dihiris halus
*masukkan 4 sudu sambal extra pedas ABC / sos cili
*letak cili besar 1 biji merah dan hijau , kacau sehingga sebati
*masukkan 10 ekor udang
*gaul hingga rata bersama sos tadi dan masukkan sedkit air
* masukkan garam dan sedikit perasa
*boleh letakkan cili api kalau nak pedas lagi



Siap dan boleh dihidangkan..
hiasan tu untuk membangkitkan lagi selera..Nyummyyy
Selamat Makan..mulakan dengan Bismillah

Sosej bersama Kacang Panggang

sarapan ringkas di pagi hari, mudah cepat dan ringkas...
sarapan ala ala Mat saleh


Bahan:
- 1 tin kecil kacang panggang
- 4 batang sosej (potong ikut suka hati)
- sedikit lada bengala merah dan hijau
- beberapa biji cendawan butang dihiris
- suku bawang besar dipotong dadu
- seulas bawang putih
- setengah cawan sos tomato
- secubit serbuk paprik
- secubit serbuk oregano
- sedikit garam

Caranya:
-Goreng sebentar sosej separuh masak dan asingkan
-Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
-Masukkan sos tomato, serbuk paprik dan serbuk oregano dan kacau
-Kemudian masukkan kacang panggang, cendawan dan lada benggala
-Masukkan semula sosej tadi dan gaul rata
-Masukkan garam dan biar semua bahan masak 
Siap boleh dimakan bersama roti

Saturday, 20 October 2012

Bercuti ke Port Dickson di Permaisuri Resort

Bercuti lagi ke Port Dickson..yelah itu jer pantai yang  boleh dikira dekat
 dan masih lagi ok..
untuk kali nie kami menginap di  rumah peranginan kerajaan Permaisuri Resort Port Dickson..booking dari bulan 2 lagi bulan 10 baru pergi..prosedurnya mudah boleh layari di BPH Rumah Peranginan
untuk kali nie daku dan hubby hanya pergi dengan adik, kakak dan mak ayah hubby...bukan aper takut tak cukup tempat tido kalau pergi ramai2..itu pun ada yang kena bawak toto sendiri...nak sewa agak mahal dah macam sewa sebuah apartment lagi...
masa nie sampai Port Dickson lebih kurang 10 pagi..kita orang pergi survey dulu tempat nak tido malam nanti

bila dah tau tempat kitaorang patah balik ke Dataran Teluk Kemang untuk sarapan pagi dan berehat2..tapi tempat yang nak dituju tutup..jadi kami ke pantai berdekatan  Hotel Lido..alah sebelah jer ngan Teluk Kemang  tapi kat sini kawasan persendirian seorang bayar RM3, amik yang nie sebab kalau nak masuk tandas awam yang kat sebelah tu kena bayar rm1 sekali masuk..kalau dah berkali2 masuk tak ke lebih dari RM3 tu tadi..


sampai jer abg ipar hubby pasang khemah untuk baring2 dan  salin baju..tapak khemah pun kena bayar tau tak hingat bape .. (tu mandor estet yang berbaju hijau sedang memerhati)
tak sabor dah nak sarapan nak makan..lapor...ini adik ipar daku yang masak yer, dalam tupperware merah tu ada  ayam masak merah mak mertua ku yang masak..semua sedap

makan time...hehehe comeikan bekas air kopi segera my hubby dalam termos upin ipin...

aktiviti mandi manda tak dapat nak dilakukan sebab air pasang...kami duk lepak2 jer , tu yang cepat my hubby siap2 untuk membakor tu..daku dan hubby  perapkan ayam dan ikan dari rumah, tak sempat snap gambor  yang dah masak kejap jer licin...
anak2 buahku yang kelaparan selepas berendam..nie diaorang berendam lepas air surut sikit..kami ibu2 dan bapa2 tolong tengok ajer dah maleh nak turun dan salin baju..
cukup jer masa kami gerak ke hotel untuk check in sebab masing2 dah penat nak solat dan rehatkan badan
ini dia sudut pandang dapur untuk apartment 3 bilik tidor 2 bilik air
ini dari pintu masuk ke ruang tamu..nasib baiklah kami dapat bilik yang ada balkoni..
ini bilik daku, bilik no.2 sama ngan bilik nie dan bilik no. 3 lagi besor..setiap bilik ada meja solek dan almari..
cuma yang tak bestnya bilik air di bilik no.3 tersumbat dan ada sisa yang tak menyenangkan..takde cleaner yang datang walau dah berkali2 call, last2 daku lah terpaksa bersihkan..huhuhu agak teruk sikit perkhidmatan kat sini..tapi nak bising aper dapat murah, hanya rm115 ajer semalam..
pihak hotel bekalkan
pemandangan dari balkoni
kat sini ader sedia kolam renang untuk dewasa dan kanak2 mandi manda..ada gelongsor air untuk kanak2 ajer yer..kitaorang kejap celup kat swimming pool kejap g pantai..
ini makan malam kami, sardin dan telor kitaorang masak, tom yam dan kangkung my hubby bungkus dari kedai...(dapur untuk masak bawak sendiri yer...)
esoknya kami sarapan,,mandi manda lagi dan siap2 untuk balik...
seronok jugak pengalaman bercuti kali nie...
kami seronok dan cadang nak datang lagi...

Sunday, 14 October 2012

Restoran Barra, Shah Alam

Mencari makan tak kira di mana...asal orang kata best kami nak cuba.. 
mencari makan semalam dari Putrajaya ke Shah Alam di Restoran Barra yang selalu orang Shah Alam dok citer.. semata2 nak merasa dan makan tengah hari ,
tercari2 jugak sebab main agak2 jer dan terjah ... pusing 2 3 kali kat kawasan Jakel takde pun nampak restoran Barra nie..betui ker...???
perut dah lapor..tengah hari tak makan lagi ...last2 my hubby on internet hp untuk cari alamat sebab tak nak sesat melarat entah ke mana..rupanya senang ajer,  
dari UiTM pintu belakang pastu nampak jer KFC  tu terus dan belok ke simpang kiri dari simpang tu dan boleh nampak restoran Barra nie....
kalau tak pasti bole cari alamat restoran ni :-
Jln Plumbum V7/ V, Seksyen 7, Shah Alam atau boleh layari Facebook Restoran Barra

pada sesiapa yang makan kat sini mungkin anda akan terpilih menjadi Barrarized 
atau akan terpilih untuk makan Free

menu hot yang sering diperkatakan sesiapa yang datang makan kat sini

tak tau nak order apa jadi daku pun order Nasi Goreng Ayam BARRA...

my hubby pun order yang sama..sedap gak banyak plak tu puaslah kami makan..
kenyanggg

nasib baiklah sedap dan kena ngan selera kami..berbaloi datang dari Putrajaya
next time bole ler cuba makanan lain plak...

p/s: apa yang kami makan tu kalau sedap mungkin kena dengan selera dan tekak kami ..anda punya selera tak taulah plak kan..:)

Thursday, 11 October 2012

Tempahan Kek


tempahan pavlova 1 layer...tak ingat sape..

pelanggan minta buah extra..order dari k.long sepupu en hubby

2 layer..untuk k.maz birthday anaknya...

ini kek coklat kukus untuk budak opis yang memang gila coklat


blueberry cheese kek untuk k.samihah..teringin dah lama tak makan..
makan berdua ngan anak aja ...nyummy katanya,thanks kak...



apam polkadot inti coklat untuk kawan anak buah ku..buat hantaran tunang..sedap katanya

Tuesday, 9 October 2012

Kemenanganku....GBC MyChef

 maaflah lambat sangat update pasal entry nie kerana ke'bizi'an yang melanda dan masalah broadband 
tapi dapat juga update akhirnya...

 alhamdulilah kemenangan yang daku sendiri tak sangka..mulanya masuk pertandingan nie sekadar nak mencuba nasib tapi entah macam mana jadi bersemangat pulak bila Kak Zefa dan Kak Zurina juga Kkida join, entry entry nie  CHICKEN SPAGHETTINI BAKE ,BEEF STROGANOFF , EPOK-EPOK & juga PERLUKAN SOKONGAN ANDA adalah berkaitan dengan kemenangan daku ini..

semuanya bermula pada petang 29 September 2012
masak2 dan siap barang yang patut dari rumah
gerak ke Restoran Rebung milik Chef Ismail
sampai2 kita makan dulu yer sebelum majlis di mulakan

CEO Mychef  bersama Chef Florence dan Kkida sedang menjamu selera

ketika ini  En. Fairuz memberi sepatah dua kata ucapan sebelum pertandingan bermula

sebelah kiri tu abg K salah seorang peserta MasterChef musim pertama.. pada majlis tu jugak Facebook Mychef mencapai 50 ribu like 


pertandingan bermula..para peserta  membuat plating 
tekun dan relaks tapi dalam hati berdebar dah macam masuk Masterchef yang betul plak..
semuanya serba tak kena..huhuhuuu


tengok peserta semeja bukan main lagi menarik plating...FB milik Yazid

ermm..nyummy hidangan dari T-Garden resepi di FB Tie.. 

ini pun nampak sedap resepi FB Puan Nowwa


tauhu lembut curahan kasih  masala Nur Azyatun


nasi serai ayam kalio milik FB Puan Sarah Ibrahim


menariknya  plating milik Cik Zatul

      hidangan milik Kkida Green curry laksa ala mychef


                                                ini pun cantik jugak..aduhhh lagi tak tentu arah dibuatnya... milik Falihinjasmy


semua peserta sedang menungu untuk dijurikan oleh chef2 terkenal

group daku bagi hidang dari Chef Zam..
simple sangat hidangan daku sebab tak pandai plating

apa yang di digelakkan agaknya tu..tapi sebenarnya takutttt....

wah chef zam nak merasa hidangan dari Kkida


padan muka kan kena soal dengan juri ketar2 dah cakap nye, terasa macam MasterChef yang betul2 pulak.. chef zam tegur ngape ramai finalis guna daun selasih...itu jer yang jumpa kat market chef... daun yang lain tak ado...hehehhee

antara pemenang bagi resepi milik chef ismail..chef mail tak de gi oversea jadi chef ezani mewakili..pemenangnya puan sarah


ini pula pemenang bagi kategori chef florence..yazid

tersenyum lebar semua..pemenang bagi kategori chef zam

bergambar bersama pemenang dan chef juri

bergambar beramai-ramai bersama kesemua finalis

bersama pemenang bagi setiap kategori chef ...
yang kanan tu Delimazamrud pemenang bagi kategori Chef Liza

chef cilik... anak abg K yang sedang merasa masakan ku


rezeki...alhamdulilah...terima kasih  kepada MyChef, dan tak lupa jugak pada my hubby , family dan semua rakan2 yang memberi sokongan dan banyak membantu..
THANKS.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...