Posts

Showing posts from January, 2013

Apam dan Kek Lagi..TQ

Image
tempahan dari member blogger ZANA..tq tempahan dari Azie tempahan dari Kak Zue tempahan dari Kak Zue jugak tempahan dari Kak Ita tempahan dari Kak Suhaili tempahan dari Lily tempahan dari K.Dhe tempahan dari Ilyani tempahan minggu lepas lambat update sebab seronok bercuti di kampung..terima kasih pada yang baru order dan sudi order lagi..

Gulai Asam Belimbing Hitam

Image
dah lama tak menjenguk dapur main masak-masak.. tapi masak pun ringkas2 ajer.. balik kampung minggu lepas daku sempat ambik belimbing hitam yang mak buat kat belakang rumah sangat banyak buah belimbing buluh tu.. biasanya buat sambal,letak dalam periuk nasi sekejap pastu tumbuk ngan cili api dan ikan bilis..mmmm , selain tu masak lemak campur ikan..nyummm, sedap lemak dan masam bila dah banyak sangat belimbing tu tak reti nak masak apa dan sayang terbuang macam tu.. boleh ler buat belimbing hitam dulu masa ada arwah ayah rajin jugak tolong rebus belimbing buluh tu.. rebus letak air sikit dan biar kecut sampai hitam..dan boleh simpan tahan lama buat sambal pun sedappp.. t api kami suka buat Gulai Asam Belimbing Hitam dengan Ikan Kerisi senang tumbuk cili api 10-14 biji.. kami suka pedas letak kunyit serbuk sedi kit sedikit garam 2 sudu besar belimbing hitam ( tumbuk sikit ) ikan kerisi 2 ekor  letak air secukupnya masak lebih kurang 15 - 25 minit siap..

Chef Ammar..Suka tak..Suka tak ..Suka tak

Image
sekarang nie daku dan en hubby suka layan rancangan masakan Chef Ammar , Masak Dari Hati Masak Dengan Iman ..sangat syok tengok chef tu punya gelagat dan masakannya..pelat berbahasa melayu..membuatkan kami tertunggu rancangan nie... beliau memasak sambil berzikir..   kredit dari laman web TV Alhij ra h Sebuah rancangan masakan Arab Mediterranean yang dikendalikan oleh Chef Ammar Al Ali yang memaparkan jenis-jenis masakan yang mudah untuk dipelajari serta mengikut cara Islam. Program yang menarik serta melihat keceriaan Chef yang mahir berbahasa Melayu, Inggeris serta Arab.  Setiap Ahad , 8.30 malam ( copy from: web Tv Alhijrah )   siapa yang tengok rancangan nie mesti tau ayat dari Chef Ammar :  " Suka tak..3 atau Suka2 Hati " Jom belajar masakan   Arab Mediterranean pulak

Bercuti di Gold Coast Morib Resort part 2

Image
seperti yang dijanjikan daku sambung part 2 pasal hari kedua dan  mandi manda di sini pulak..tapi gambor tak ler banyak  sebab tuan rumah syok mandi sampai lupa nak bergambor pagi kedua breakfast dulu.. breakfast mula dari pukul 7pg hingga pukul 10pagi,  kat cafe yang sama oleh kerana malam tadi punya kenyang tak hilang lagi jadi kami bfast ini ajer..ini pun dah kenyang sangat rasanya lepas kenyang makan kami terus ke Water Theme Park , pagi2 orang tak ramai lagi ini bayaran pada yang hanya nak datang mandi manda kat sini...boleh tahan harganya gelang nie tak boleh tanggal kena bawak tido sekali..sebab dah pakai petang hari pertama dan nak mandi lagi hari kedua ini pose sebelum mandi...  en hubby dah mandi dulu...tak sabor2 dari bilik lagi best macam2 ada..tapi daku penakut aka gayat..jadi berendam ajer daku hanya main gelongsor yang warna biru hujung sana..tapi lepas tu memang seriau nak naik dah.. tergolek sebab penakut.. peman

Bercuti di GOLD COAST MORIB RESORT part 1

Image
Teruja bila melihat blog Z ana dan Mamazakwan bercuti di Gold Coast Morib nie apalagi en hubby cepat2 booking online pada bulan 12 hari tu...kami dapat pada harga Rm150 dengan booking di StreetDeal.com...dapat tau pasal promo nie pun dari Mamazakwan, kami amik weekdays tu yang dapat murah tu..tapi kalau weekand pun masih lagi murah...baru  jer pergi isnin hari tu.. Gerak dari rumah pukul 11 lebih sampai pukul 12 lebih,en hubby bawak relax jer...sampai aja terus dapat check in dan dapat masuk bilik awal , sebab hari biasa orang tak ramai.. lobi resort ini yang kami dapat lepas check in, ( RM 150 boleh dapat bilik yang best, dapat main water theme park , dapat makan malam dan breakfast lagi..sangat2 berbaloi) lepas check in tapi tak masuk bilik lagi... kami keluar makan di Pantai Morib dengan bekal yang kami bawa..nak jimat, oleh sebab kami nak jadikan percutian budget..pagi2 lagi daku ngan en hubby masak..menu ringkas tapi semuanya kegemaran en hubby.. bekal

Tempahan dari teman2..TQ

Image
alhamdulilah rezeki kami...... thanks pada teman2 yang sudi tempah ngan daku..thanks atas sokongan kalian..tunggu tahun baru  nie cream puff dan cheese tart dah masuk senarai  boleh order... tempahan dari k.mas imigresen tempahan dari Aimi, dari Bangi tempahan dari sape dah lupa plak..hehe..sory tempahan dari k.samihah, member opis... untuk birthday anaknya tempahan untuk nadia, member opis tempahan dari Sha, member opis..teringin katanya tempahan kali ketiga dari K.Hawa Tempahan dari adik ku sendiri..

Village View, Sungai Ramal

Image
tempat makan malam yang selalu menjadi pilihan hati kalau nak makan masakan thai, western , sate dan  memang ada di restoran ini terletak di Sungai Ramal tak jauh kalau exit dari Tol Kajang..terus sahaja menuju ke Bangi nanti nampak papan tanda Village View yang terletak di sebelah kiri...berhampiran Petronas...terus sikit ke dalam dan restorannya terletak di sebelah kanan..   restoran yang luas dan parking di sediakan limau suam untuk kami menu yang  kami pilih adalah Tom yam Ayam, Ayam pandan dan Ikan Kembung masak pedas serta K angkung goreng belacan ...  tom yam ayam semangkuk cukup untuk 2 orang makan...ini adalah makanan wajib di order sebab sedap dan isinya banyak. ayam pandan juga terasa sedap dan terasa perapannya berbanding dengan restoran yang kononnya ada 'class' tapi ayamnya dah berbau.. Ikan kembung masak pedas pun antara menu pilihan yang tak boleh ditinggalkan.. terasa ikannya sedap cukup rasa pedas , garing di luar dan