Cuti sekolah hari tu bawak anak buah berkelah kat Janda Baik..
sebenarnya dah lama nak datang ke mari tapi ader jer hal yang tak dapat dielakkan
akhirnya dapat jugak kami ke mari..
bergerak dari rumah pukul 7 pagi sampai sana dalam 8.20 pagi
yelah pertama kali pergi tak tau sangat jalan dan banyak persinggahan
beli barangan keperluan berkhemah dan jajan
kami melalui kawasan rehat di Genting Sempah untuk ke Janda baik..
waktu nie masih lagi berkabus tebal
petunjuk kami adalah papan tanda ILMU(Institut Latihan Memperkasa Umno)
terus sahaja nampak gerbang Selamat Datang di sebelah kanan dan papan tanda di atas ikut saja
nampak anak panah Sek. Keb. Janda Baik..ikut sahaja terus
kebetulan snap gambor ada bendera kat situ..maklumlah kereta tengah bergerak tak sempat berhenti pun
terus sahaja perjalanan dan akan nampak papan tanda Riverside di sebelah kiri yang menjadi destinasi perkelahan kami
terus lagi dan jumpalh Riverside nie yang terletak di tepi jalan..
ini pondok yang daku dah book awal2
pondok yang kami sewa rm 17..
termasuk penggunaan bilik air, tandas dan parking
sungai depan pondok buluh pilihan kami
air sungai yang best..
deretan pondok lain milik Riverside
pondok pilihan en hubby yang ada di Riverside nie, en hubby duk pujuk2 daku untuk bermalam di sini..huhuhu tak mau
anak2 buah dah tak sabor nak mandi
sarapan pagi yang kami beli di kedai kampung di janda baik..boleh tahan sedap..
beli tujuh bungkus nasi lemak dan daging goreng
kedainya terletak depan lagi dari Riverside nie kalau tak salah lepas pada sekolah kebangsaan
daku mengoreng nugget untuk budak2 nie sambil diaorang berendam
nie dapat berendam lepas en hubby siap membakor ayam untuk makan tengahari..
air boleh tahan laju..dan tempat kami nie dalam sikit,
takut biarkan budak2 nie mandi sendiri
lepas berendam kami makan tengahari dan sambung berendam lagi
berendam sampai petang..pukul 5 kami gerak balik Putrajaya..dalam keta semua lembik tido kepenatan..en hubby jer yang stay sebab drive..