Tuesday, 25 June 2013

Apam Polkadot & Pavlova lagi

sekarang nie daku sibuk berkursus dan nak exam jadi proses update segalanya banyak tergendala..itu yang jadi layan gambor hasil baking *SKAlicious*..harap semua tidak bosan yer...InsyaAllah lepas nie daku akan update entry yang dah lama tersimpan..sory...

tempahan 150pcs apam polkadot dari K.Farah Presint 18
tempahan 50pcs apam polkadot inti bluebery & strawbery dari Pn.Norhaidah
tempahan 50pcs apam polkadot inti campur dari Kak Liana , BPSM
tempahan 50pcs apam polkadot inti campur dari Kak Su,
tempahan 50pcs inti campur untuk Kak Mas Imigresen..



tempahan apam polkadot inti bluebery & strawbery, dari Azreen






tempahan dari Anna 100pcs apam polkadot tanpa inti
Pavlova juga adalah tempahan dari Anna..
sms Anna"separuh kek dah abis..sedap sgt.."
tempahan Pavlova kali kedua oleh K.Su Bukit Puchong
tempahan Pavlova dari Sri Wani, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
tempahan dari Rozia dari Presint 9, Putrajaya..
permintaan dari Rozia minta buat no 3..ada rupa tak?
sms Rozia"ank kecil menangis tak sabor nak makan.."
sms kedua"seriously, sedap!!anak2 siap kutip buah anggur byk2..
tp stil buah pnuh ats meringue..
mmg blh repeat order ar mcm nie terbaik!i give u 5 *"

Monday, 17 June 2013

Layan Gambor dari *SKAlicious*


Kita layan lagi yer gambar
Tempahan Cream Puff ,Mini Pavlova, Pavlova & Apam Polkadot lagi dari dapur kecil *SKAlicious*

 Cream puff tempahan dari K.ita, Presint 15

 Fast Sales cream puff di opis..alhamdulilah mendapat sambutan yang baik

 Mini pavlova  tempahan dari Ida, Sg. Tangkas, Kajang

 Apam polkadot 100pcs tempahan dari Pn.Shima, Putrajaya

 Apam polkadot 100pcs tempahan dari K.ita Presint 15, Putrajaya lagi

 Pavlova tempahan dari Roselind, Puchong suprise untuk suami sempena Hari Bapa
sms dari beliau .."cantik n rasa pun sedap"


 Pavlova tempahan dari K.su, Puchong
sms dari beliau .."sedap..hubby n me suka"
 

 Pavlova tempahan dari K.Ain, Puchong jugak
 

 Apam polkadot 75pcs tempahan dari K.Zu, Putrajaya


 Apam polkadot 25pcs tempahan dari K.Nora , Putrajaya

 Apam polkadot 50pcs tempahan dari Yana member opis

Friday, 14 June 2013

HAMPER DARI MICCOS:SIAPA NAK?

 SIAPA NAK HAMPER ANGKAT TANGAN???

ZOOM..Hamper Barangan (banyak coklat)
Beg Kenaf
token dari pihak MPIC di mana hanya buat entry berkaitan MICCOS dan dapat token..
korang yang nak join pun sangatlah dialu-alukan...macam ner tu..????

Cara nak Join:
1. Buat entry ringkas mengenai Program MICCOS & WALK FOR HEALTH 2013.
Contohnya seperti dalam entry Walk For Health & Program MICCOS dan apa sahaja maklumat berkaitan MICCOS sehingga program ini berlansung.
2. Pastikan link www.miccos.com.my  ,  www.mpic.gov.my  &
 www.facebook.com/miccos2013 dimasukkan dalam entry yang dibuat
3. Sila tag link blog daku dalam entry tersebut.
4. Sila tinggalkan nama, emel dan link entry di ruangkan komen
5. Sekiranya terpilih anda akan dihubungi.




Tarikh Tutup: 9 September 2013
Bagi entry blogger yang terbaik akan menerima hadiah istimewa..
Senang dan mudah..Apa tunggu lagi, cepat!!!!

Thursday, 13 June 2013

Mandi Manda Di Ulu Yam

kali nie mandi manda di Ulu Yam pulak
kami gerak dari rumah pukul 6.30pagi sampai lebih kurang pukul 8pg
tempat nie terletak di Kg. Sg Kalong, Ulu Yam Bharu.. di Resort Restu Ibu
ini sebenarnya kali kedua daku dan family en hubby ke mari..
tiap2 minggu kita orang ke sini..sebabnya syiok mandi dengan air tenang..
tempat pun best..


pemandangan sekitar resort






budak2 dah tak sabor nak mandi
kami sewa pondok kat sini untuk letak barang, tukar pakaian dan solat


masak dan makan..time nie pancake laku, panas2
tengok berapa banyak dapur kami bawak untuk masak, sebab family kami memang kaki berkelah
antara menu yang dibawa


bestnya mandi..kali nie daku jadi tukang amik gambor jer dari atas darat
dah ready pasang net untuk main bola tampar

pelampung yang kami borong habis..sewa rm2..rehat dari naik pelampung diaorang main bola tampar plak
potong cili dan bawang untuk buat sambal kicap dan budu, dasyatt kot kat tepi sungai..hehehe

sangat best ayam bakar dan keli bakar, makan pulak tepi sungai yang sejuk..memang layanlah..lepas makan mandi semula dalam pukul 4 kitaorang siap2 baru gerak balik.

Tuesday, 11 June 2013

Happy Birthday Mak

selang seminggu birthday  daku sambut birthday Mak pulak
kebetulan cuti sekolah Mak datang ngan adik2 dari kampung 
jadi daku plan dengan adik dan kakakku kitaorang nak sambut birthday Mak sambil tu terus berkelah sekali..
 daku sewa pondok di Sg. Congkak lagi
seronok tengok Mak happy melihat ragam anak2 dan cucunya
jadi untuk birthday mak kali nie daku pertama kali buat kek karamel
 
 inilah hasilnya..
rupa mungkin kureng tapi rasa sangat sedappp


anak saudara tak sabar nak mandi tapi kena sarapan dulu, 
kakakku bawa bihun goreng dan 
mak ada bawa rendang ayam bersama nasi impit dari kg..
memang enjoylah makan di tepi sungai


mak merasmikan kek birthdaynya..
mak tak tahu daku dan adik buat kek nie untuk dia


seronok tengok mak makan berulang..sedaplah tu.. ;P


kek nie tak sampai satu hari habis licin, en hubby yang tak suka manis makan  berulang ngaap kek karamel nie


tengah hari plak daku mengoreng nasi, n en hubby membantu abg ipar membakar ayam dan ikan
lauk yang diminta mak adalah ikan masin goreng bersama cili dan bawang
harum semerbak kat tepi sungai tu..

 anak saudara yang dok berendam lepas makan


gambar lain lupa nak snap sebab daku pun sama turun berendam dalam sungai..hehehe

Monday, 10 June 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Daku, Kak Ipar & Anak Saudara

KEK RAINBOW bersama KIT KAT , COKLAT M&M & NIPS
cubaan pertama..
(belum berani ambil tempahan bagi kek ini kerana kos dan agak remeh nak buatnya..)

sekarang nie buat kek sendiri untuk hari lahir sendiri
hari lahirku sama dengan kak ipar dan anak saudara hanya 
selang sehari ajer tu yang kami buat sekali





siap ada set Chocolate Fountain lagi..walaupun simple tapi meriah, camner tu
makan coklat saja kami..kek coklat, chocolate fountain, dan rainbow kek bersama kit kat..
sedap jugak rupanya main celup2 coklat nie..





berebut mencelup coklat


Chocolate Fountain nie adik daku yang baru mula buat di kampung Pahang..daku tolong promosi sekaligus sebagai bisnes partner.. kalau nak buat sekitar Putrajaya atau di Selangor pun boleh, Insya-Allah pakej yang ditawarkan memenuhi bajet anda dan murah,sebarang pertanyaan mengenai pakej sewa Chocolate Fountain ini bolehlah email  di coklatdip@gmail.com atau sms di no. 017-3143218.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...