Wednesday, 21 August 2013

WW: Rempeyek SeTudung Salji

Apakah????
rempeyek kegemaran family en hubby hasil air tangan ibu mertuaku

dulu suka kutip kacang kalau makan rempeyek..

Friday, 16 August 2013

Tapau Meatball di IKEA

kisahnya bulan puasa arie tu..daku ngan en hubby dah lama tak makan meatball kat Ikea tu, yelah nak pergi bukan boleh selalu, jadi kebetulan bulan puasa arie tu daku pergi carikan langsir untuk umah mak, jadi kami pun sempatlah menapau meatball 2 set bersama karipap yang sedap tu,..

yehh dapat jugak melantak meatball tu, kekenyang ko lepas berbuka tu..yelah tamak sangat amik 15 biji sorang..ngan karipap sedozen lak tu..memang kenyang ler siap boleh buat sahur lagi ko..
bawak jer bekas dari rumah dan mintaklah apa yang korang nak tapau n g kaunter bayor..


Thursday, 15 August 2013

Tempahan Pavlova,Cream Puff, Muffin Coklat, Apam polkadot sebelum Raya

rezeki ramadan ,tempahan ini semua dlm bulan ramadan dan  2 hari sebelum raya,  terkejar2 jugak menyiapkan tempahan sambil membuat bisnes jualan biskut sampingan..tapi alhamdulilah semua siap, 
maaf jugak kerana terpaksa menolak tempahan last minute,
 tahun nie SKA buat persiapan raya biasa2 ajer sebab tak sempat shopping,
apa pun seronok beraya tahun nie..
Kek coklat kukus untuk anniversary ZANA
Tempahan Apam polkadot & Cream Puff  dari K.Liza  Presint 17, Putrajaya
Pavlova yang nie serius memang daku tak ingat sape punya tempahan, maaafff..
Bungkusan mudah untuk diagihkan kepada kengkawan tempahan dari Fizah, Kpdnkk
tempahan Mini Kek Coklat kukus dari K. Samihah



Kek coklat kukus tempahan dari cik puan bos
Tempahan Pavlova dari Ayu, Sg. Ramal
Tempahan Pavlova dan Cream Puff dari Sarah, Kajang
Mini Pavlova tempahan dari Atifah, Presint 18, Putrajaya
Tempahan kali kedua dari Liza, Presint 11, Putrajaya
Tempahan cream puff  dari tokey biskut yang daku juai, K.liza (HELIZ)
tempahan Mini Kek Coklat kukus dari K. Maz
Tempahan Pavlova dari Rahmah, Putrajaya
Tempahan 2 Set Cream Puff dari  Sarah lagi
Temapahan Pavlova dari Lisa Presint 9, Putrajaya
Tempahan 200 biji Apam polkadot dari Awin, Kajang
tempahan apam polkadot dari, Yeen K.Fatin n Shida
Tempahan Apam polkadot & Cream Puff  lagi dari K.Liza  Presint 17, Putrajaya
Tempahan Pavlova dari Yeen, Bangi
tempahan Mini Kek Coklat kukus dari K. Samihah lagi
Tempahan 60 bekas Kek Coklat Doorgift untuk Aryn, Putrajaya

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Selamat Hari Raya semua..
mohon ampun dan maaf jika tersalah bahasa dalam membuat entry, mengomen dan menguris perasaan secara sedar atau tidak
yang baik datang dariNya dan
yang buruk datang dari SKA diri sendiri..
 layan pantun budak baru belajar:

Masak Rendang ikan Siakap,
Rendang dimasak bersama kailan,
Andai ada salah dan silap,
Sepuluh jari disusun mohon kemaafan.


Wednesday, 7 August 2013

WW: Daging Goreng Kunyit

ketika entry ini terpampang mungkin daku sedang sibuk menguruskan lemang dan rendang bersama-sama keluarga di kampung.
entry nie dah lama tersimpan, tak cukup time nak update, layan gambor jelah yer,
resepi sama je dengan you all biasa buat takde yang istimewa sangat pun


SELAMAT HARI RAYA SEMUA..;)

Tuesday, 6 August 2013

Sambal Hitam Pahang

akhirnya jadi jugaklah sambal itam yang diidamkan..namanya orang pahang tapi tak pernah buat, selalu belimbing itam buat masak asam jer macam resepi nie gulai asam belimbing hitam
ini pun kes sebab terliur tengok Kak Sari buat nie..belimbing dah ada resepi dah ada jom kita buat..resepi penuh boleh tengok di blog Kak Sari.

mungkin berbeza sedikit sebab daku suka ikan bilis kasar2.. pedas dan masam, memang UMMPPHH..

Restoran Rebus Rebus (Steamboat & Grill, Shah Alam)

 berbuka puasa steamboat lagi tahun nie..bezanya yang ni ader grill
puas makan dan sedap

pilihan yang ader banyak..




               pilihan untuk ber'Grill


tak baik membazir tau


kuih muih

pencuci mulut
hidangan berat yang ada..oklah tak banyak pilihan sebab tujuan utama nak bersteamboat n bergrill, kalau makan berat banyak2 rugilah kan


pilihan air yang disediakan

sayur-sayuran


ambik agak2 dulu untuk round pertama

daging kambing , lembu, ayam n ikan semua ada

masa untuk ber'grill

 tengok licin, sebenarnya 3 round kami layan ber'grill

kita cuci mulut lagi dengan aiskrim pulak

pada kami best tomyam untuk steamboat pun ada rasa..
selain tomyam, korang boleh pilih sup ayam atau sup ketam
suasana kedai agak selesa dan santai, ada surau berasingan bagi lelaki dan perempuan.
Harga???masa kami pergi bulan puasa rm39.90 dapat diskaun 10%, 
tak pulak kalau hari biasa, cuba calling2 no di bawah yer..

alamat:
D-5G, Jalan Serai Wangi H16/H,
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor.
No untuk tempahan: 010 - 4334 969

Thursday, 1 August 2013

Gulai Lemak Ikan Rebus

resepi Ibu Mertuaku..sedap dan senang

Gulai Lemak Ikan Rebus

***maaf yer tak sempat nak update blog panjang2..banyak entry tersimpan dalam draf,
sebelum cuti sibuk menyiapkan tugasan harian dan menyiapkan tempahan akhir sebelum raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...