Monday, 21 October 2013

Cheese Tart

ramai yang menanya Sal buat tidak cheese tart dan akhirnya atas permintaan...  
SKAlicious sekarang ada cheese tart dan anda dah boleh buat tempahan..
dan sudi2kan lh jenguk di fb SKAlicious..

Cheese Tart filling bluebery.. 
(untuk filling coklat harganya berbeza dan yg mix filling harganya juga berbeza)TQ..;)

Friday, 18 October 2013

MICCOS 2013

PAMERAN DAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA
KOMODITI MALAYSIA
 


MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE
AND SHOWCASE (MICCOS) 2013

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) buat kali kelima akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2013 pada 24 hingga 27 Oktober 2013 (Khamis-Ahad) bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia.

jom kita pergi ke sana, banyak jugak program dan aktiviti yang telah disediakan   oleh pihak MICCOS.



Aktiviti-Aktiviti MICCOS 2013
Pelbagai acara menarik akan diadakan seperti berikut antaranya:
   ·    Jualan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);
   ·    Program Kelab Friends of MICCOS yang melibatkan ahli dan pengunjung;
   ·    Medan selera berkonsepkan makanan popular mengikut negeri-negeri;
  ·  Program-program sampingan yang melibatkan pertandingan, demonstrasi dan aktiviti permotoran; dan
   ·    Kek coklat terpanjang untuk dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records
 

Lamanya

aduhai lama sungguh daku meninggalkan blog nie..bukan aper lepas raya arie tu , daku sibuk dengan SKAlicious pastu sibuk dengan kerja seharian di pejabat..kemudian dengan urusan peribadi dengan tak sihat dan terpaksa stop sementara menerima tempahan..alhamdulilah sekarang dah ok sikit barulah ada masa nak update blog nie yang dah lama bersawang ditinggalkan..

now jugak daku sekarang dalam proses nak turunkan berat yang semakin memberat dalam badan nie..banyak bawak lemak..huhuh sama jugaklah en hubby pun.kami mulakan dengan produk Shaklee yang basic dulu amik dengan member blogger jugak Zana..memang nak sangat turunkan berat nie,,mana taknya usia muda (muder ker???) tapi nampak macam dah berumur sebab badan yang bolat nie..tak nak kot..en hubby dh nampak cam adik daku plak huhuhu..aper pun moga semangat kami berterusan dan bukan hangat2 taik ayam macam sebelum nie..

sekarang nie pun dah mula kurangkan makan nasi dan makan pun pakai beras utk oarng diabetis tu..gasaklah
yang penting sekarang kami nak sihat..go go chaiyok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...