Posts

Showing posts from March, 2012

Cuti-Cuti Cinta di MELAKA Part 2: Bandar Melaka

Image
ok kita sambung plak Part 2 seperti yang dijanjikan dari zoo melaka kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka cuaca memang baik panas terik.. Sekitar Bandar MELAKA jalan sesak time nie.. Melaka di iktiraf sebagai salah satu Bandar Warisan Dunia manelah en.hubby bawak daku nie baju nyonya tradisional  shopping cenderahati menarik dengan bermacam warna, hiasan dan jugak gelagat penarik beca Menara Taming Sari... tak naik pun, ramai sangat orang beratur gayut saya..   (pinjam ayat kim chin dlm Lawak Ke Der) pendekar kancil yang comel Muzium Samudera..kenangan tak best sebab kaki terseliuh masa kat bawah..aper taknya asyik memandang keliling, pastu mulalah jalan terhincut2 dan terpaksa panjat gak tangga kapal tu sebab dh sampai kan last sekali sebahagian gambar bangunan yang cantik2 kat bandar Melaka tu tapi ini bukan last citer pasal Cuti-Cuti Cinta di MELAKA tau.. ader lagi sambungan aktiviti malam dan aktiviti terakhir di Melaka nanti di Part 3.

Cuti-Cuti Cinta di MELAKA Part 1: Zoo Melaka

Image
agak lama jugaklh daku tak menjejakkan kaki ke Melaka seingat daku last ke Bandar Melaka 8 tahun yang lepas biler datang semula ke Melaka banyak perubahan yang telah berlaku padahal Melaka bukan lah jauh sangat dari Putrajaya nie ,boleh jer pergi biler2 masa cuma daku ngan en.hubby nie banyak sangat plan ke tempat lain.. kami merancang ke Melaka 2 hari satu malam, sempena  ulang tahun perkahwinan...    konon2 honeymoon ler...hehehee gerak dari rumah pkul 7.30 pagi dan sampai di Zoo Melaka pukul 9.15 pagi ambik 2 tiket, harganya RM10 untuk dewasa, kanak2 tak pasti plak awal sungguh sampai pagi tu..maklumlah banyak lagi  destinasi yang nak dituju... sangat2 penat berjalan kaki menjelajah sekitar zoo, pukul 11 lebih baru keluar dar zoo untuk ke Bandar Melaka sebahagian gambar di sana..  en.hubby beli tiket mula2 masuk jumpa burung nie dulu masa nie kebanyakkan binatang sedang BFast kot... BreakFast lagi SKA berada dalam sangkar burung..best dpt tengok burung

Sape Nak Souvenier dari FirZie83

Image
pertama sekali tentu lah tuan punya blog nie nak souvenier dari FirZie... kalau tak, tak delah entry pasal nie kan.... ok cerita sikit pasal tuan pun Blog FirZie83 .. FirZie nie seorang yang sangat rajin update blog macam-macam cerita ader, masakan ,cuti2,family dan banyak lagi ler ..orangnya sangat selamba walaupun dia seorang suri rumah tapi FirZie bijak juga menjadi usahawan dari rumah antaranya menerima tempahan untuk nasi lemak dan berniaga keronsang gambar FirZie.(suka tgk gambar nie...cantik) ada satu soalan dari Firzie iaitu teka warna tema baju raya untuk tahun nie, jadi jawapan SKA Warna Merah kalau nak tau lebih lanjut mengenai FirZie83 dan syarat Sapa Nak Souvenier nie boleh jenguk di blog Dalam Suka Ada Duka Begitulah Namanya Kehidupan cepat2 tarikh tutupnya 22 MAC 2012 nie tau..

4th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012

Image
pagi nie sangat2 teruja biler sampai di pejabat belon udara panas sudah mula terapung di udara.. sangat2 comel.. jadi macam budak2 plak daku.. ajak encik hubby g tengok esok tapi tak leh keje.. hujung minggu plak nak balik kampung.. nampaknya kali nie tak boleh ler tengok secara dekat.. tengok dari opis je lah..huhuhu acara baru bermula hari nie 15 Mac hingga 18 Mac 2012 bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya jadi datanglah beramai-ramai memeriahkan fiesta Hot Air Ballon kali nie pelbagai acara yang diadakan..nak belon naik pun boleh photo pinjam dari myballonfiesta untuk maklumat lanjut boleh jenguk di sini  myballoonfiesta

ANNIVERSARY KE 3

Image
Alhamdulillah ...syukur pada tarikh hari ini  13 Mac  2012,  merupakan ulang tahun perkahwinan  SKA yang ke- 3  kami selamat diijabkabulkan pada 13 Mac 2009  masih teringat lagi waktu nak diijabkabulkan dulu.. saat itu antara kenangan manis yang tak mungkin dilupakan TERIMA KASIH BUAT SUAMI TERCINTA ,  tadi pagi terima mesej yang cute dari hubby, comel sgt  moh lah layan gambar nie yer.. ( sebenarnya tuan punya blog n hubby pemalu, sebab tu gambar digelapkn skit.... sorrryyy) setelah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz... terima kasih kerana  melayan kerenah dan ragam isterimu nie.. LOVE U SO MUCH... rasanya tak de sambutan istimewa , cuma hujung minggu nie kami akan pulang ke kg.. ingat nak wat kek boleh makan ngan family ramai2 kakak daku plak nak sambut ulang tahun kelahirannya boleh ler tumpang sekaki.. **Semoga hubungan kami suami isteri kekal bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah** AMIN....

SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia. "Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan. Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut: 1

Roti Pizza

Image
Balik keje semalam terus ke jenguk dapur, tengok ader roti yang dah nak expired tarikhnya pastu belek2 dalam fridge kot2 jumpa bahan2 yang boleh di olah  nak wat per ngan roti tadi pastu jumpa mozzarella cheese (lebih wat makaroni bakar) , ader sosej , lobak merah dan ayam.. pikir punya pikir baik wat pizza.. pastu daku call adik bongsu di kampung minta resepi wat inti pizza adik daku selalu wat kulitnya sekali tapi sebab nak abiskan roti tadi jadi daku hanya wat inti sahaja. Bahan-bahan Simple Inti sos cili sos tomato serbuk thyme, lada hitam dan oregano ayam cincang sosej dihiris lobak merah potong dadu garam cheese mozzarella ikut suka bawang putih bawang besar potong dadu Caranya: tumis bawang putih dan besar hingga naik bau masukkan ayam cincang dan sosej masukkan lobak merah pastu campur kedua sos dan garam kacau hingga rata bila siap boleh diletakan di atas roti tadi  taburkan cheese mozarellah atas inti tadi taburkan sekali serbuk thyme, lada hitam d

Spaghetti Olio Udang

Image
SPAGHETTI OLIO UDANG Bahan-Bahan Spaghetti (direbus) Bawang Putih (dicincang) Cili Merah (dicincang) Udang yang telah dikupas kulit.. Herba thyme (dicincang).. tak de yang segar, Ska pakai yang kering jer Tomato Ceri Air bikarbonat perisa lemon (Sprite).. tak ader time nie Ska tak guna pun Serbuk Cili Kasar... stok kat rumah dah habis Minyak Zaiton Garam Lada Benggala (tambah sendiri) Cara Penyediaan Dengan menggunakan kuali leper, panaskan sedikit minyak zaitun Tumiskan bawang merah sehingga keperang-perangan Campurkan cili merah dan herba thyme, selepas harum masukkan udang dan tomato ceri juga lada benggala Kemudian masukkan spaghetti dan gaulkan sehingga rata Masukkan serbuk cili, garam dan sedikit Sprite. Sedia untuk dihidang *resepi nie Ska amik dari Chef Anis Nabilah masa rancangan Rasa-Rasa..sory chef saya ubah skit resepinya.. * yang tulisan warna hijau tu yang Ska ubah, yang lain semua dari chef