Daging Kicap Lada Hitam

Sebenarnya daku masak menu nie masa bulan puasa hari tu...oleh kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan jadi dh raya baru nk update blog yang dh lama tinggal..asyik2 makan ayam jer sekali sekala ubah lak menu...daku belilah daging...husband suka sangat makanan yang berkuah..jadi daku pun buatlah yang simple2 daging kicap lada hitam....boleh gak cuba lepas raya nie....

Bahannya simple:

Daging setengah kilo
Lada hitam dalam segengam (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
6 sudu kicap manis
1 biji bawang besar (mayang)
Garam sedikitLada benggala merah dan hijau
Daun Sup(untuk hiasan saja)

Cara:

1. Reneh daging sampai empuk (lembut)..goreng, letak air
2.Tumis bawang putih bersama lada hitam.
3. Lepas tu masuk sos tiram, kicap dan kicap pekat dan garam
4. Masukkan lada benggala dan bawang besar kacau dan rasa
5. Angkat dan hiaskan bersama daun bawang. Hasilnya.......

Daging Kicap Lada Hitam

Comments

Popular posts from this blog

Tapau Meatball di IKEA

Berkelah di Janda Baik