Village View, Sungai Ramal

tempat makan malam yang selalu menjadi pilihan hati
kalau nak makan masakan thai, western , sate dan  memang ada di restoran ini
terletak di Sungai Ramal tak jauh kalau exit dari Tol Kajang..terus sahaja menuju ke Bangi nanti nampak papan tanda Village View yang terletak di sebelah kiri...berhampiran Petronas...terus sikit ke dalam dan restorannya terletak di sebelah kanan..


 restoran yang luas dan parking di sediakan


limau suam untuk kami


menu yang  kami pilih adalah Tom yam Ayam, Ayam pandan dan Ikan Kembung masak pedas serta Kangkung goreng belacan... 


tom yam ayam semangkuk cukup untuk 2 orang makan...ini adalah makanan wajib di order sebab sedap dan isinya banyak.


ayam pandan juga terasa sedap dan terasa perapannya berbanding dengan restoran yang kononnya ada 'class' tapi ayamnya dah berbau..


Ikan kembung masak pedas pun antara menu pilihan yang tak boleh ditinggalkan.. terasa ikannya sedap cukup rasa pedas , garing di luar dan lembut isinya...


tapi bagi kami kangkung goreng belacannya nie biasa taklah istimewa...sekadar melengkapkan hidangan kami untuk sayur ajelah...

harga hidangan yang kami makan nie adalah lebih kurang RM28.00..cukup kenyang dan puas hati, memang tempat wajib kami pergi...

nak tau tempat2 makan yang menarik atau nak pilih tempat makan yang sesuai jom singgah di http://www.myselera.com/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tapau Meatball di IKEA

Berkelah di Janda Baik