Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

UNTUK HADIAH SILA KLIK BANNER INI...

Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
 saya dah follow
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
 dah buat jugak..ini
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
 sudah copy paste jugak..
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. 
- makanan kegemaran saya adalah GULAI KERING PUCUK GELUGUR .. gulai ni sedap dan menjadi kegemaran sebab dia ada rasa lemak dan masam daun tu, memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..sapa dah cuba pasti nak lagi..paling best makan time raya makan dengan ketupat atau lemang..memang menjilat jari lah..


Bahannya:

1 kilo ikan sardin/ pelaling/ kembung  atau ikan sungai..ikut suka
Pucuk Asam Gelugor..agak2lah lagi banyak lagi sedap
Cili api 15-20 biji..saya suka pedas
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Santan dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa

Caranya:

1. daun gelugor dihiris seperti bunga rampai , susun lapis demi lapisan selang seli dengan ikan.. (seeloknya masak dalam kuali) letak mulanya daun dan penghabisan pun dengan daun..

2. letak santan , kemudian cili yang telah ditumbuk bersama kunyit

3. api perlahan dan sentiasa kacau kuahnya sahaja hingga betul2 masak santan sebab takut kuahnya jadi berketul2 , lagi satu jangan angkat ikan nanti hancur.

4. masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati..agak2 dah nak kering santannya bolehlah siap untuk dihidang bersama nasi putih..


* seeloknya santan tu hanya ampuh bahan2 tadi sahaja tak perlu banyak2 nanti lambat kering dan takut ikan pulak yang hancur..

versi berkuah..
versi betul-betul kering
   
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen..
  sudah buat jugak..
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

                       
apa lagi pada yang minat memasak tu jom kita rebut peluang keemasan nie..
CEPATTTT.....

Comments

  1. best ni...nk join lah..hihi..

    ReplyDelete
  2. Sedapnye tgk gulai tu.... Nak join jugak lah.. :)

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je..unik..tak pernah tau lauk ni..tapi sumpah nampak sedap...berbunyi terus perot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..cubalah buat, tapi kalau kat bandar nie pucuk gelugur tu susah sikit nak cari..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS

Tapau Meatball di IKEA