Posts

Showing posts from June, 2011

Teruja, Kak Fauziah dalam Utusan Malaysia...!!!!!

Image
  pagi2 belek suratkhabar, tiba2 terjumpa gambor n citer nostalgia pinggan mangkuk lama .. . terus semangat baca n serta merta daku wat n3 nie....  (Utusan Malaysia:03/06/2011) Nostalgia pinggan mangkuk lama Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar RIDUAN RIZAL FAUZIAH Omar menunjukkan salah satu koleksi teko lama kesayangannya. MEMANG sukar untuk menemukan lagi set pinggan mangkuk lama yang bermotifkan bunga kangkung, ros, sakura mahupun buluh. Melihat set pinggang mangkuk atau teko lama dengan bunga berwarna hitam, hijau atau merah, pastinya membangkitkan kenangan dulu-dulu ketika menikmati minum waktu petang atas serambi rumah bersama emak dan ayah di kampung. Nostalgia set pinggang mangkuk dan set teh yang sering digunakan nenek satu ketika dahulu menjadi pilihan Fauziah Omar, 40, sebagai koleksi peribadinya. Bermula dengan mengumpul set milik keluarganya sendiri di kampung yang terletak di Batu Pahat, Johor, Fauziah kini berpuas hati kerana dapat mengumpul kem