Posts

Showing posts from October, 2012

Lauk Kampung

Image
adoi lama sungguh tak dapat update blog nie...sibuk ngan tempahan, kerja harian dan kursus... ini daku nak kongsikan lauk2 kampung yang disediakan oleh mak cik ku masa balik raya di kampung arwah ayahanda di Benta, Pahang... makan buffet ulam dan sambal tempoyak colek..menjilat jariiii.. gulai kering daun gelugur...dulu hubby tak penah makan, tp sekarang dah jadi makanan kegemarannya plak... masak lemak rebung..rebung fresh samba ltumis  jering..perghh menyengattt sangat best bila balik kampung mesti kami dihidangkan lauk2 kampung , ulam2   dan buah-buahan..cuma time nie bukan musim buah kalau tak..berbakul durian dan buah langsat yang kita orang bawak bali k...

Udang Serai Extra Pedas

Image
menu untuk makan tengahari pulak Stepnya: *tumis bawang putih seulas (ketuk aje) *masukkan sebatang serai yang dihiris halus *masukkan 4 sudu sambal extra pedas ABC / sos cili *letak cili besar 1 biji merah dan hijau , kacau sehingga sebati *masukkan 10 ekor udang *gaul hingga rata bersama sos tadi dan masukkan sedkit air * masukkan garam dan sedikit perasa *boleh letakkan cili api kalau nak pedas lagi Siap dan boleh dihidangkan.. hiasan tu untuk membangkitkan lagi selera..Nyummyyy Selamat Makan..mulakan dengan Bismillah

Sosej bersama Kacang Panggang

Image
sarapan ringkas di pagi hari, mudah cepat dan ringkas... sarapan ala ala Mat saleh Bahan: - 1 tin kecil kacang panggang - 4 batang sosej (potong ikut suka hati) - sedikit lada bengala merah dan hijau - beberapa biji cendawan butang dihiris - suku bawang besar dipotong dadu - seulas bawang putih - setengah cawan sos tomato - secubit serbuk paprik - secubit serbuk oregano - sedikit garam Caranya: -Goreng sebentar sosej separuh masak dan asingkan -Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau -Masukkan sos tomato, serbuk paprik dan serbuk oregano dan kacau -Kemudian masukkan kacang panggang, cendawan dan lada benggala -Masukkan semula sosej tadi dan gaul rata -Masukkan garam dan biar semua bahan masak  Siap boleh dimakan bersama roti

Bercuti ke Port Dickson di Permaisuri Resort

Image
Bercuti lagi ke Port Dickson..yelah itu jer pantai yang  boleh dikira dekat  dan masih lagi ok.. untuk kali nie kami menginap di  rumah peranginan kerajaan Permaisuri Resort Port Dickson ..booking dari bulan 2 lagi bulan 10 baru pergi..prosedurnya mudah boleh layari di  BPH Rumah Peranginan untuk kali nie daku dan hubby hanya pergi dengan adik, kakak dan mak ayah hubby...bukan aper takut tak cukup tempat tido kalau pergi ramai2..itu pun ada yang kena bawak toto sendiri...nak sewa agak mahal dah macam sewa sebuah apartment lagi... masa nie sampai Port Dickson lebih kurang 10 pagi..kita orang pergi survey dulu tempat nak tido malam nanti bila dah tau tempat kitaorang patah balik ke Dataran Teluk Kemang untuk sarapan pagi dan berehat2..tapi tempat yang nak dituju tutup..jadi kami ke pantai berdekatan  Hotel Lido..alah sebelah jer ngan Teluk Kemang  tapi kat sini kawasan persendirian seorang bayar RM3, amik yang nie sebab kalau nak masuk tandas awam yang kat sebelah tu kena b

Restoran Barra, Shah Alam

Image
Mencari makan tak kira di mana...asal orang kata best kami nak cuba..  mencari makan semalam dari Putrajaya ke Shah Alam di Restoran Barra yang selalu orang Shah Alam dok citer.. semata2 nak merasa dan makan tengah hari , tercari2 jugak sebab main agak2 jer dan terjah ... pusing 2 3 kali kat kawasan Jakel takde pun nampak restoran Barra nie..betui ker...??? perut dah lapor..tengah hari tak makan lagi ...last2 my hubby on internet hp untuk cari alamat sebab tak nak sesat melarat entah ke mana..rupanya senang ajer,   dari UiTM pintu belakang pastu nampak jer KFC  tu terus dan belok ke simpang kiri dari simpang tu dan boleh nampak restoran Barra nie.... kalau tak pasti bole cari alamat r estoran ni :- Jln Plumbum V7/ V, Seksyen 7, Shah Alam atau boleh layari  Facebook Restoran Barra pada sesiapa yang makan kat sini mungkin anda akan terpilih menjadi Barrarized   atau akan terpilih untuk makan Free menu hot yang sering diperkatakan sesiapa yang datang makan kat s

Tempahan Kek

Image
tempahan pavlova 1 layer...tak ingat sape.. pelanggan minta buah extra..order dari k.long sepupu en hubby 2 layer..untuk k.maz birthday anaknya... ini kek coklat kukus untuk budak opis yang memang gila coklat blueberry cheese kek untuk k.samihah..teringin dah lama tak makan.. makan berdua ngan anak aja ...nyummy katanya,thanks kak... apam polkadot inti coklat untuk kawan anak buah ku..buat hantaran tunang..sedap katanya

Kemenanganku....GBC MyChef

Image
 maaflah lambat sangat update pasal entry nie kerana ke'bizi'an yang melanda dan masalah broadband  tapi dapat juga update akhirnya...  alhamdulilah kemenangan yang daku sendiri tak sangka..mulanya masuk pertandingan nie sekadar nak mencuba nasib tapi entah macam mana jadi bersemangat pulak bila Kak Zefa dan Kak Zurina juga Kkida   join, entry entry nie   CHICKEN SPAGHETTINI BAKE  , BEEF STROGANOFF  ,  EPOK-EPOK   & juga  PERLUKAN SOKONGAN ANDA   adalah berkaitan dengan kemenangan daku ini.. semuanya bermula pada petang 29 September 2012 masak2 dan siap barang yang patut dari rumah gerak ke Restoran Rebung milik Chef Ismail sampai2 kita makan dulu yer sebelum majlis di mulakan CEO Mychef  bersama Chef Florence dan Kkida sedang menjamu selera ketika ini  En. Fairuz memberi sepatah dua kata ucapan sebelum pertandingan bermula sebelah kiri tu abg K salah seorang peserta MasterChef musim pertama.. pada majlis tu jugak Facebook Mychef mencapa