Bercuti ke Port Dickson di Permaisuri Resort

Bercuti lagi ke Port Dickson..yelah itu jer pantai yang  boleh dikira dekat
 dan masih lagi ok..
untuk kali nie kami menginap di  rumah peranginan kerajaan Permaisuri Resort Port Dickson..booking dari bulan 2 lagi bulan 10 baru pergi..prosedurnya mudah boleh layari di BPH Rumah Peranginan
untuk kali nie daku dan hubby hanya pergi dengan adik, kakak dan mak ayah hubby...bukan aper takut tak cukup tempat tido kalau pergi ramai2..itu pun ada yang kena bawak toto sendiri...nak sewa agak mahal dah macam sewa sebuah apartment lagi...
masa nie sampai Port Dickson lebih kurang 10 pagi..kita orang pergi survey dulu tempat nak tido malam nanti

bila dah tau tempat kitaorang patah balik ke Dataran Teluk Kemang untuk sarapan pagi dan berehat2..tapi tempat yang nak dituju tutup..jadi kami ke pantai berdekatan  Hotel Lido..alah sebelah jer ngan Teluk Kemang  tapi kat sini kawasan persendirian seorang bayar RM3, amik yang nie sebab kalau nak masuk tandas awam yang kat sebelah tu kena bayar rm1 sekali masuk..kalau dah berkali2 masuk tak ke lebih dari RM3 tu tadi..


sampai jer abg ipar hubby pasang khemah untuk baring2 dan  salin baju..tapak khemah pun kena bayar tau tak hingat bape .. (tu mandor estet yang berbaju hijau sedang memerhati)
tak sabor dah nak sarapan nak makan..lapor...ini adik ipar daku yang masak yer, dalam tupperware merah tu ada  ayam masak merah mak mertua ku yang masak..semua sedap

makan time...hehehe comeikan bekas air kopi segera my hubby dalam termos upin ipin...

aktiviti mandi manda tak dapat nak dilakukan sebab air pasang...kami duk lepak2 jer , tu yang cepat my hubby siap2 untuk membakor tu..daku dan hubby  perapkan ayam dan ikan dari rumah, tak sempat snap gambor  yang dah masak kejap jer licin...
anak2 buahku yang kelaparan selepas berendam..nie diaorang berendam lepas air surut sikit..kami ibu2 dan bapa2 tolong tengok ajer dah maleh nak turun dan salin baju..
cukup jer masa kami gerak ke hotel untuk check in sebab masing2 dah penat nak solat dan rehatkan badan
ini dia sudut pandang dapur untuk apartment 3 bilik tidor 2 bilik air
ini dari pintu masuk ke ruang tamu..nasib baiklah kami dapat bilik yang ada balkoni..
ini bilik daku, bilik no.2 sama ngan bilik nie dan bilik no. 3 lagi besor..setiap bilik ada meja solek dan almari..
cuma yang tak bestnya bilik air di bilik no.3 tersumbat dan ada sisa yang tak menyenangkan..takde cleaner yang datang walau dah berkali2 call, last2 daku lah terpaksa bersihkan..huhuhu agak teruk sikit perkhidmatan kat sini..tapi nak bising aper dapat murah, hanya rm115 ajer semalam..
pihak hotel bekalkan
pemandangan dari balkoni
kat sini ader sedia kolam renang untuk dewasa dan kanak2 mandi manda..ada gelongsor air untuk kanak2 ajer yer..kitaorang kejap celup kat swimming pool kejap g pantai..
ini makan malam kami, sardin dan telor kitaorang masak, tom yam dan kangkung my hubby bungkus dari kedai...(dapur untuk masak bawak sendiri yer...)
esoknya kami sarapan,,mandi manda lagi dan siap2 untuk balik...
seronok jugak pengalaman bercuti kali nie...
kami seronok dan cadang nak datang lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Berkelah di Janda Baik

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS