Part Time for SKAlicious

Salam dah lama tak berceloteh di blog nie..

hari nie nak cerita sikit pasal perniagaan SKAlicious yang pejam cilik pejam celik dah setahun berlalu rupanya..alhamdulilah tempahan yang diterima setakat ini tak pernah putus sampai ada masa terpaksa ditolak..

Sal buat bisnes nie mulanya suka2  aje, tapi tak sangka sekarang jadi serius dan mendapat sambutan hangat dari pelanggan.

Sal sebenarnya buat bisnes nie secara part time, itu yang bila customer order Sal terpaksa tolak sebab masa Sal untuk  siapkan tempahan mereka terhad..untuk tempahan pula Sal tak suka ambil banyak2 sebab Sal nak customer Sal menikmati produk yang fresh yang mana itu agak membataskan Sal menerima tempahan yang banyak dalam satu hari..

Pernah juga tido 2 jam jer sebab nak kejar masa siapkan tempahan, penat memanglah penat tapi Alhamdulilah.. seronok bila dapat maklumbalas yang bagus dari customer yang merasai hasil air tangan Sal dan bertambah gembira  sebab dah ramai yang jadi pelanggan tetap dan promote kat kawan2 mereka..

pada yang nak cuba hasil dari SKAlicious boleh sms /whatsapp di 017 3143218 dan boleh jugak jenguk2 ke fb SKAlicious

p/s: sekarang nie kalau nak order kena order awal tau sebab takut Sal tolak tempahan anda kerana dh penuh..minggu  saja dh full..TQ ;) 

Comments

  1. Alhamdulillah. Teruskan usaha sal. Rezeki akan berpihak pada sal.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga business akan terus berkembang... Amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, yg pipih tak datang melayang, yg bulat tak datang bergolek, yg penting kena rajin, teruskan usaha Sal

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan In Shaa Allah akan terus makmur di tahun baru ini hendaknya...singgah ke sini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS

Tapau Meatball di IKEA