Thursday, 2 May 2013

Restoran The Grato

puas ajak en hubby ke mari akhirnya daku berjaya...
sebabnya tergoda tengok si Qi makan dalam rancangan Jalan2 Cari Makan tu..
sampai2 aje tengok meja dah penuh..alah takkkan nak balik kot
dah ngidam sangat dah nie...hehee
tak pelah kami redah jelah..nasiblah ader meja kat luar yang masih kosong
untuk pengetahuan korang kat luar ada dua khemah dah penuh pelanggan
yang kat dalam kedai pun penuh orang..punyalah ramai

hadapan restoran THE GRATO

 sementara menunggu makanan sampai daku ambil kek red velvet

pada daku oklah.. topping guna whipping cream.. harga RM5.00
daku order fresh orange dan en hubby barli suam jer..
kat luar kedai..masa nie orang dah mula ramai beratur panjang
 Beef Lasagna pilihanku yang sangat best penuh dengan daging dan sos yang sedap, harga kalau tak salah dalam RM11.90
ini pula pilihan en hubby Lamb Chop with pasta..harga RM12.90 kot, tak ingat
kata en hubby, tak mengecewakan dan sos paling sedap yang pernah dia cuba

kiranya tak sia2 lah kami menunggu agak lama untuk mendapat hidangan yang sedap nie..
tapi makan kami terganggu sebab hujan dah mula rintik2 tak sempat nak layan makanan betul2..apa pun en hubby bercadang nak datang lagi..suka3


macam mana nak cari restoran nie?   nampak lampu isyarat simpang empatdi Petronas Seksyen 3 , masuk simpang kiri jika anda dari Seksyen 2,dan masuk simpang kanan jika anda dari Seksyen 1...terus saja nanti nampak masjid dan restoran berada di sebelah kiri..
alamatnya:
No. 12 Jalan 3/7, Seksyen 3, Bangi Perdana, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Selamat Menjamu Selera!!!!

8 comments:

  1. hari tu nak makan kat sini la.. tapi dah abis! tu yg buat lasagna sendiri! RV dia pakai whipping cream ke?? alooo ingat pakai cream cheese!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ngidam lasagna tu ajak gak en hubby.. a'ah, Sal pun ingat pakai cream cheese..kalau tak mesti rasanya lagi mengancamm..

      Delete
  2. ehhh harga nyer not bad la... bole try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ok dengan rasanya yg sedapp..

      Delete
  3. ingat nak try jugak..slow2 pegi terjah..baru kuar JJCM ni kompem ramai..malas nak nunggu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena slow2 terjah..sebab memang akan lambat sikitlah servis bila kedai yg baru keluar rancangan JJCM nie..

      Delete
  4. wah boleh gi ni... thanks bagi alamat tu... apalagi lepas ni akan cuba cari masa untuk redah ke sana... lasagna tu nampak mengiurkan...yummylicious...

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah, pergi jangan tak pergi, sama2..memang sangat yummy..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...