Pap Smear
Apakah itu ujian Pap Smear? merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU. Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat atau bius. Mengambil masa beberapa minit sahaja. Adakah ujian itu menyakitkan? Tidak menyakitkan. Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang. Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut? Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual. ...