Monday, 5 November 2012

Omelette Panggang Ajaib

masak lagi..kali nie masak untuk sarapan pagi yang ringkas, cepat dan mudah..yelah daku suka yang cepat dah mudah ajer kan..lapor nak makan...
yang specialnya omelette nie sebab daku gunakan pemanggang ajaib yang memang ajaib sungguh..heheehe

Bahan:
3 biji telur
sosej 2 batang
seketul dada ayam dicincang halus
lada benggala sikit agak-agak dan ikut suka(selalu letak nie sebab ini bahan wajib ada dalam peti ais)
cendawan butang ikut suka jugak
2 biji cili api
suku bawang besar didadukan
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
 2 keping cheedar cheese

Caranya:
1. Pukul telur dan campurkan semua bahan di atas (kecuali cheddar cheese)
2. Letak  minyak zaitun sedikit dan letak ajer bahan yang dicampurkan tadi ke dalam pemanggang ajaib
3. Senang tutup jer pemanggang tu kemudian terbalikkkan lebih kurang 3 minit..bila dah agak masak kedua2 bahagian letakkan sekeping cheedar cheese di sebelah atas dan terbalikkan semula dan letakkan sekeping lagi bawah..biarkan seketika dan siap untuk dimakan bersama sos dan mayonis...



Nota: bukan nak lah dapat apa pun promo pemanggang nie ..cuma sebab banyak kemudahan dan kegunaannya..nak bakar ikan atau ayam pun mudah sangat...

4 comments:

  1. ida pun dah masak guna pemanggang je, tak guna kuali pun. hihihi... rasa macam nak simpan kuali dlm stor je.. HAHA

    Tapi pemanggang ida dari HIG je.. =)

    ReplyDelete
  2. anna: memang sedap...
    eida: alah tak kisah jenama apa pun janji kita senang masak, dan sedapkan..

    ReplyDelete
  3. resepi ringkas tp menarik...sedapnya...nk kena cari pemanggang ajaib ni jugak lah...;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...