Gulai Kering Pucuk Asam Gelugor

hari nie nak kongsi resepi orang kampung yang telah menjadi wajib ada setiap kali kalau balik time raya di kampung..en hubby pun dah minat gulai nie..siap request  suruh wifenya masak..
bila masak gulai nie mesti terkenang arwah ayah yang suka sangat lauk nie..
kalau ayah nak suruh mak masakan ayah akan sanggup tolong hiris daun nie..
Al Fatihah buat arwah ayah...
dah ler tak nak emo2 kita nak kongsi resepi kan
kalau kat rumah korang tu ada pokok gelugor dan tak tau nak buat apa boleh ler petik pucuknya yang lembut dan buat gulai nie..sedappp..rasanya lemak2 masam

Bahannya:

1 kilo ikan sardin/ pelaling/ kembung  atau ikan sungai kalau suka
Pucuk Asam Gelugor
Cili api 15-20 biji
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Santan dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa

 Caranya:

untuk  yang tak tau rupa daun gelugor (pinjam gambar dr blog  Hati Berdetik & Berbisik)

ini pinjam dari MD
ini adalah daun gelugor yang telah dihiris seperti bunga rampai , susun lapis demi lapisan selang seli dengan ikan.. letak mulanya daun dan penghabisan pun dengan daun..
letak santan , kemudian cili yang telah ditumbuk bersama kunyit
api perlahan dan sentiasa kacau kuahnya sahaja hingga betul2 masak santan sebab takut kuahnya jadi berketul2 , lagi satu jangan angkat ikan nanti hancur
siaplah gulai kering asam gelugor, cuma kurang kering sebab dah tak sabor  nak makan
ini orang lama buat yang betui2 kering

SELAMAT MENCUBA!!!!

Comments

  1. wahh..kali pertama tgk pokok asam ni..biasa jumpa buah dh kering dh..mesti sgt menyihatkan menu ni..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu memang dijamin, tapi menyihatkan tu tak pasti kena tanya pakar..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berkelah di Janda Baik

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS