Thursday, 22 November 2012

Sambal Mentarang

Minggu lepas daku dan family hubby  balik kampung sebelah keluarga en hubby di Perak...
on the way balik sini kitaorang singgah di Kuala Selangor untuk shopping Mentarang nie..hehehe
dah banyak kali masak..sedappp
ini daku kongsikan resepi ringkas kalau sapa2 yang tak tau nak masak apa dengan mentarang nie yer...
 

Bahannya mudah..ini untuk 2kg mentarang..2 kilo taklah banyak sangat sebab mentarang sama ngan spesies makanana laut yang bercengkerang yang lain..rasanya macam kerang jugak..

2 kilo mentarang yang direbus seketika dan dibuang cengkerangnya
2 ulas bawang kecil ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
8-10 cili api ditumbuk
6-8 sudu cili kering yang telah dikisar /cili boh (ikut suka nak pedas atau tak)
1/2 bawang besar kuning di hiris
sedikit garam
sedikit gula
sedkit bahan perasa
minyak masak untuk menumis agak2lah yer

Caranya:

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau
3. Kemudian masukkan cili kering tadi dan serai
4.Tumis hingga cili garing dan masukkan mentarang..kacau rata
5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa...
6. Masukkan bawang besar tadi 
7. Kacau hingga sebati dan agak masak
8. Dan siap untuk dihidangkan...

deko2 atas sambal by en hubby..

10 comments:

  1. Ya Allah tengok gambar ni memang lapar terusssss!
    Sal, bila nak buat open house ni? tak sabar nak rasa masakan sal lah..hehe

    ReplyDelete
  2. isi dia kene cungkil keluar ke?? tak pernah try la mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebus dulu baru keluarkan isinya...isinya sedap tapi tulah cikit ajer

      Delete
  3. kalau dekat KL ni, mana tempat untuk beli mentarang ni?!! teringin jugak nak mencuba masak mentarang, saya tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kl memang tak de..kalau nak memang kena cari kat kuala selangor..cubalah isinya rasa macam kerang..sedaapp

      Delete
  4. alamak...sedapnya... Kalau mcm ni, 2 kilo untuk family akak, haruslahh x cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak saya 2 kilo pun makan berdua jer..itu pun simpan sikit bagi adik ipar sebab nak rasa..kulit jer terlebih berat...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...