Posts

Showing posts from November, 2012

Pap Smear

Image
Apakah itu ujian Pap Smear?   merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU. Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat atau bius. Mengambil masa beberapa minit sahaja. Adakah ujian itu menyakitkan? Tidak menyakitkan. Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang. Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut? Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Swedish Meatballs with baked potato & vegetables

Image
salah satu singnature series chef Zam yang terbaru... Swedish Meatballs with baked potato & vegetables pada yang gemar akan meatballs di Ikea tu tapi agak jauh nak ke sana boleh dapatkan produk ini..senang boleh di cari di pasaraya berdekatan ajer.. tak perlu bersusah payah cuma panaskan ajer dalam microwave beberapa minit dan siap untuk dihidangkan.. ini kami jadikan makan malam yang sangat mudah dan sedap...cuma pada daku lidah melayu nie yang sukakan kepedasan daku tambahkan sedikit serbuk lada hitam..tapi kalau untuk kanak2 hidangan ini dah memang sesuai...hanya 400 kalori per hidangan, sesuai jugak pada yang nak berdiet tu..meatballs nya lembut dan sayuran segar..sosnya pun sedap creamy.. . makanan sejuk beku keluaran myChef ini sesuai bagi yang kesuntukan masa untuk masak.... salah satu hidangan dari pengeluar makanan sedia hidang iaitu.... myChef ...yang merupakan penaja bersama Masterchef Malaysia 2..

Nak Durian Crepe jugak...

Image
di facebook dan blog merata orang menceritakan pasal Durian Crepe nie...puas jugak lah tanya teman sepejabat ader ker kengkawan diaorang jual tapi hampa ...oleh kerana tergugat dengan komen2 dan cerita sana sini mengenai kesedapan Durian crepe nie daku dan en hubby telah ke Ikano untuk mencari..dah macam mengidam pulak..huhuhu nasiblah daku ada en hubby yang sudi melayan kerenah wifenya nie..thanks sayang...sambung balik cerita huhuhu, kami sampai di Ikano lebih kurang 7.30 mlm sampai2 jer tgk kedai Sumptuous Desserts dah tutup..huhuhu ,cian kami dah ler datang dari Putrajaya (tapi sebenarnya petang tu kami dari Bangsar lepas hadiri satu program...) adoi...mulut nie nak sangat merasa durian crepe nie, mana nak cari...last2 daku google durian crepe di putrajaya, jumpalah blog  Efa Nur  daku terus order 2 pack..dan tak puas hati jugak suruh hubby cari jugak kat Ikano nak jugak rasa... ini yang ku beli dari Efa , RM 10 per packs Yang papercup hitam tu beli kat Ikano kecik

Gulai Kering Pucuk Asam Gelugor

Image
hari nie nak kongsi resepi orang kampung yang telah menjadi wajib ada setiap kali kalau balik time raya di kampung..en hubby pun dah minat gulai nie..siap request  suruh wifenya masak.. bila masak gulai nie mesti terkenang arwah ayah yang suka sangat lauk nie.. kalau ayah nak suruh mak masakan ayah akan sanggup tolong hiris daun nie.. Al Fatihah buat arwah ayah... dah ler tak nak emo2 kita nak kongsi resepi kan kalau kat rumah korang tu ada pokok gelugor dan tak tau nak buat apa boleh ler petik pucuknya yang lembut dan buat gulai nie..sedappp..rasanya lemak2 masam Bahannya: 1 kilo ikan sardin/ pelaling/ kembung  atau ikan sungai kalau suka Pucuk Asam Gelugor Cili api 15-20 biji Kunyit hidup sebesar ibu jari Santan dari 1 biji kelapa Garam secukup rasa  Caranya: untuk  yang tak tau rupa daun gelugor (pinjam gambar dr blog  Hati Berdetik & Berbisik) ini pinjam dari MD ini adalah daun gelugor yang telah dihiris seperti bunga rampai , susun lapis demi lapi

Ingin Menonton Masterchef Malaysia 2 secara LIVE??

Image
anda semua ingin menonton  Masterchef Malaysia 2  secara LIVE depan mata?? apa kata sertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh pihak MyChef yang senang dan sangat mudah... ( MyChef antara penaja Masterchef Malaysia Musim Ke 2) PRIZES - lunch at Waroeng IGA, The Strand Encorp  - 1 night stay at PJ Hilton (Executive room) - viewing of Masterchef Malaysia final - live (subject to Astro Malaysia's  arrangements) - myChef products & autographed apron ( copy from FB MyChef ) maklumat lanjut boleh layari di  Facebook MyChef   dan jangan lupa tolong like penyertaan tuan tanah sekali yer..tq...  KLIK SINI Entry 5  dan  INI Entry 7

MySelera..Banyak Pilihan tempat makan yang Halal

Image
Salam kengkawan semua, pernah tak korang bergaduh2 manja ngan pasangan sebab tak tau nak makan di mana? tak tau restoran apa yang terdekat dengan korang?   tak tau nak pilih makanan mana yang sedap?  was-was dengan restoran tu halal atau tidak?  Myselera ada jawapannya, Myselera nie sebenarnya berkonsepkan review tentang makanan, restoran halal di Malaysia , untuk mengetahui lebih lanjut tentang  Myselera korang boleh klik di SINI dan jangan lupa like di  Myselera FB .di sini pun terdapat  pelbagai review dari blogger yang telah mencuba makanan di restoran yang terpilih dan yang dah diaorang pergi ... Dengan ini terjawablah segala persoalan korang tadi kan...Kalau nak join untuk " ANDA MAKAN KAMI BAYAR " bersama Myselera pun boleh, cuma perlu layari  MySelera untuk mendapatkan maklumat lanjut... Jadi apa di tunggu lagi jom cepat2 kita singgah dan jenguk ke MySelera ... kita layan gambar review dari blogger yang dah join  Myselera... kred

Pelancaran Produk Baru MyChef

Image
semalam daku telah dijemput bagi menghadiri majlis pelancaran produk baru MyChef  sangat gumbira dan bebesar hari kerana telah dijemput untuk majlis seperti ini majlisnye simple tapi meriah dan berjalan dengan lancar.. sangat seronok dapat jumpa dengan Chef2 seleberiti seperi Chef Zam , Chef Dato Ismail, Chef Florence dan Chef Ezani  mereka semuanya ramah dan mesra melayan kami..  yang best jugak sebab dapat jumpa dengan blogger2 yang lain.. daku nak share beberapa keping gambarsekitar majlis pelancaran makanan sedia hidang oleh   MyChef semalam di Restoran Rebung, Bangsar. MC majlis Abg. K antara tetamu yang hadiri para blogger, wartawan dan Fan Club Chef Ezani CEO, Encik Fairuz  memberi sepatah dua kata sempena majlis pelancaran Che Ezani, Chef Florence dan Chef Zam.. Chef Dato Ismail masa nie on the way dari perak amik gambor sebagai ganti untuk Chef Mail Launch Gimik..cucuk belon dengan chopstik Chef Zam dah tak sabar nak cucuk kesian Chef Fl

Sambal Mentarang

Image
Minggu lepas daku dan family hubby  balik kampung sebelah keluarga en hubby di Perak... on the way balik sini kitaorang singgah di Kuala Selangor untuk shopping Mentarang nie..hehehe dah banyak kali masak..sedappp ini daku kongsikan resepi ringkas kalau sapa2 yang tak tau nak masak apa dengan mentarang nie yer...   Bahannya mudah ..ini untuk 2kg mentarang..2 kilo taklah banyak sangat sebab mentarang sama ngan spesies makanana laut yang bercengkerang yang lain..rasanya macam kerang jugak.. 2 kilo mentarang yang direbus seketika dan dibuang cengkerangnya 2 ulas bawang kecil ditumbuk 1 ulas bawang putih ditumbuk 1 batang serai diketuk 8-10 cili api ditumbuk 6-8 sudu cili kering yang telah dikisar /cili boh (ikut suka nak pedas atau tak) 1/2 bawang besar kuning di hiris sedikit garam sedikit gula sedkit bahan perasa minyak masak untuk menumis agak2lah yer Caranya: 1. Panaskan minyak 2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau 3. Kemudian masukkan cili

PAVLOVA, APAM POLKADOT & COKLAT HOMEMADE

Image
Pavlova 1 layer...tempahan kali kedua oleh K.Hawa..anak2 suka katanya  apam polkadot doorgift untuk kenduri, tempahan dari Aime, ini kali ke 3 beliau order coklat homemade doorgift untuk weeding cik Azie 3 biji kek coklat kukus yang ditempah oleh Hidir ..ini tempahan ke 4 dari Hidir, dan  1 biji oleh Wani terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah dari SWEET SKA

Periuk La Gourmet Menjadi Milikku

Image
sebulan lebih gak lah tunggu lepas jer nama di umum antara pemenang  yang bestnya hadiah nie sebab inilah periuk yang mahal pernah daku ader..sebelum nie beli periuk pun setakat cap buaya ajer kan tak mampu nak beli mahal2 tapi tak sangka dapat hadiah nie plak.. bukan aper maknanya kena masak selalu lah yer jangan simpan dalam kotak jer.. kena cari menu untuk masak lepas nie...ini hadiah dari contest Maggie dari entri  INI

WW: Ros di Taman Mertuaku

Image
        gambar sebelum jam 6.45petang dan selepas hujan jam 8.30 malam betapa indah ciptaan Allah s.w.t....gambar di ambil hanya dari laman mertuaku..