PAMERAN DAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOMODITI MALAYSIA (MICCOS)


PAMERAN DAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA
KOMODITI MALAYSIA
 


MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE
AND SHOWCASE (MICCOS) 2013

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) buat kali kelima akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2013 pada 24 hingga 27 Oktober 2013 (Khamis-Ahad) bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia.
MICCOS merupakan acara perdana bagi industri komoditi negara yang merangkumi sektor sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf, tembakau dan sagu. Acara dwi tahunan ini akan menemukan penggiat utama sektor komoditi meliputi pekebun kecil, pengilang, usahawan, pengeksport dan agensi-agensi serta persatuan industri yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor komoditi.      
MICCOS 2013 yang bertemakan “Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan”, akan menonjolkan transformasi di sektor komoditi negara selaras dengan hasrat kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Selain itu, pameran MICCOS 2013 turut memfokuskan kepada aspek konservasi alam sekitar dalam sektor perladangan. Dengan keluasan tapak pameran seluas 40,000 meter persegi, MICCOS 2013 menjagkakan penyertaan lebih 450 pempamer dari dalam dan luar negara dengan sasaran kehadiran pengunjung seramai 50,000 orang.



Aktiviti-Aktiviti MICCOS 2013
Pelbagai acara menarik akan diadakan seperti berikut:
·     Pameran industri komoditi yang melibatkan pempamer domestik dan antarabangsa;
· Persidangan dan seminar yang melibatkan isu-isu pembangunan sektor komoditi, pemindahan teknologi dan keusahawanan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara;
· Pemadanan perniagaan berkonsepkan ‘Government to Business’ dan ‘Business to Business’;
· Program pembangunan pekebun kecil yang melibatkan semua sektor komoditi seluruh negara;
· Program pembangunan usahawan yang akan menemukan usahawan dan pelabur dalam sesi pertemuan ‘Inventor vs Investor’;
· Anugerah Industri Komoditi bagi menghargai kecemerlangan individu dan syarikat perniagaan dalam sektor perladangan dan komoditi;
·Program pembangunan kerjaya dalam sektor perladangan dan komoditi serta program temuduga terbuka;
·   Promosi produk-produk berasaskan komoditi;
·  Jualan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);
·  Program Kelab Friends of MICCOS yang melibatkan ahli dan pengunjung;
·  Medan selera berkonsepkan makanan popular mengikut negeri-negeri;
·  Program-program sampingan yang melibatkan pertandingan, demonstrasi dan aktiviti permotoran; dan
·   Kek coklat terpanjang untuk dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records 


Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:

Sekretariat MICCOS 2013
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
No. 15 Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA
MALAYSIA
Telefon Am          :        +603-8880 3300
Telefon Terus      :        +603-8887 8340 / +603-8880 3427
Faks                    :        +603-8887 8341 / +603-8880 3441
Emel                    :        miccos@mpic.gov.my
Facebook            :        www.facebook.com/miccos2013
Laman Web         :        www.miccos.com.my / www.mpic.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

Berkelah di Janda Baik

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS