WALK FOR HEALTH (WFH) 2013


WALK FOR HEALTH (WFH) 2013
 Jom kita beramai-ramai memeriahkan lagi Walk For Health 2013
Cepat!!!! pendaftaran di buka sekarang..
Banyak hadiah menarik yang menanti 
Jom berjalan kaki untuk kesihatan diri..

KLIK SINI untuk Borang Penyertaan 


maklumat lanjut mengenai WFH 2013:

Walk For Health 2013 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) akan diadakan pada 28 September 2013  (Sabtu), jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia. Acara ini bukan berbentuk pertandingan tetapi ia berkonsepkan riadah dan santai dengan aktiviti utamanya ialah acara berjalan kaki. Acara ini turut dijayakan dengan kerjasama Agensi dan Majlis di bawah MPIC serta sokongan oleh syarikat-syarikat utama dalam sektor komoditi negara.

Walk For Health pertama kali dianjurkan pada tahun 2011. Ia merupakan acara promosi kepada program Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2013. Berdasarkan kejayaan Walk For Health 2011 dan 2012, MPIC telah menjadikan acara ini sebagai acara tahunan yang bertujuan untuk menyampaikan informasi mengenai  sektor komoditi negara di samping menyampaikan mesej mengenai gaya hidup sihat dan mempromosikan khasiat produk-produk makanan berasaskan komoditi.

Aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan termasuk pameran produk-produk komoditi, pemeriksaan kesihatan, derma darah, pameran oleh Agensi-Agensi Kerajaan, pertandingan untuk dewasa dan kanak-kanak, demonstrasi masakan serta persembahan. Terdapat banyak hadiah disediakan untuk cabutan nombor bertuah dan hadiah khas disediakan kepada ahli-ahli Friends of MICCOS yang menyertai acara ini.

Jumlah penyertaan pada tahun 2012 adalah seramai 7,000 orang berbanding 3,200 orang pada tahun 2011. Dijangkakan penyertaan tersebut akan terus bertambah pada masa yang akan datang. Penyertaan di dalam program ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai serta tiada had umur serta kategori ditetapkan.


Hubungi Pihak Penganjur:

Sekretariat MICCOS 2013
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
No. 15 Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA
MALAYSIA

Telefon Am                  :        +603-8880 3300
Telefon Terus               :        +603-8887 8340 / +603-8880 3427
Faks                            :        +603-8887 8341 / +603-8880 3441
Emel                            :        miccos@mpic.gov.my
Facebook                    :        www.facebook.com/miccos2013
Laman Web                 :        www.miccos.com.my / www.mpic.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

Berkelah di Janda Baik

Tapau Meatball di IKEA