Wednesday, 7 March 2012

Roti Pizza

Balik keje semalam terus ke jenguk dapur, tengok ader roti yang dah nak expired tarikhnya
pastu belek2 dalam fridge kot2 jumpa bahan2 yang boleh di olah  nak wat per ngan roti tadi
pastu jumpa mozzarella cheese (lebih wat makaroni bakar) , ader sosej , lobak merah dan ayam..
pikir punya pikir baik wat pizza..
pastu daku call adik bongsu di kampung minta resepi wat inti pizza
adik daku selalu wat kulitnya sekali tapi sebab nak abiskan roti tadi jadi daku hanya wat inti sahaja.



Bahan-bahan Simple Inti
  1. sos cili
  2. sos tomato
  3. serbuk thyme, lada hitam dan oregano
  4. ayam cincang
  5. sosej dihiris
  6. lobak merah potong dadu
  7. garam
  8. cheese mozzarella ikut suka
  9. bawang putih
  10. bawang besar potong dadu
Caranya:
  1. tumis bawang putih dan besar hingga naik bau
  2. masukkan ayam cincang dan sosej
  3. masukkan lobak merah
  4. pastu campur kedua sos dan garam
  5. kacau hingga rata bila siap boleh diletakan di atas roti tadi 
  6. taburkan cheese mozarellah atas inti tadi
  7. taburkan sekali serbuk thyme, lada hitam dan oregano
  8. boleh dibakar dalan oven selama 2- 3 minit..(proses ini hanya untuk mencairkan cheese tadi sahaja)
  9. Siap untuk dihidangkan. 
* kalau nak sedap lagi boleh letak nenas, lada benggala, cendawan dan buat kulit pizza sendiri

4 comments:

  1. Replies
    1. cubalah... ringkas, senang dan cepat

      Delete
  2. nampak sedap tapi ingredient dia mcm susah nk carik...

    ReplyDelete
  3. tak susah pun, kat hypermarket ader bahan2 nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...