Menu Ringkas Berbuka:Nasi Goreng Sardin

senang , ringkas dan pastinya mestilah sedapkan...
salah satu menu kegemaran en hubby Nasi Goreng Sardin


Bahan-Bahan:
1. Nasi cukup untuk 2 orang makan ( dalam 3 mangkuk lebih kurang)
2. Sardin kecil 1tin (daku guna jenama Marina)
3. Bawang kecil 3 ulas
4. Bawang putih 2 ulas
5. Cili besar 1 biji
6. Cili api 10 biji (ikut suka kalau nak pedas or tidak)
7. Kacang panjang 3 urat
8. Sedikit garam dan bahan perasa

Caranya:
1.Tumbuk cili besar,cili api, dan bawang hingga lumat
2. Tumiskan bahan yang telah di tumbuk tadi dan masukkan garam serta bahan perasa
3. Kemudian masukkan sardin, goreng sebentar dan hancurkan sardin
4. Masukkan sedikit sos yang terdapat dalam tin sardin tadi (tak nak banyak nanti masam dan hanyir)
4. Masukkan nasi yang tadi dan kacau rata
5. Masukkan kacang dan kacau hingga rata dan sebati..
6. Siap...tambahan lauk: nugget, ayam goreng , telur dan ikan goreng.


Selamat mencuba...
**makan berdua jer apa pun jadi, lagipun en hubby dan daku suka jenis yang simple2..

Comments

  1. ni kalau menu sahur pun okkkk sgttt

    ReplyDelete
  2. mudah, cepat dan sedapppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sangat mudah...yang pasti mesti sedap..

      Delete
  3. belum pernah cuba lagi ni nasi goreng sardin, hurmm...thanks for sharing, mana tau kot kot nanti boleh cuba... *_^ salam jumaat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jangan tak cuba..salam jumaat kembali Farah

      Delete
  4. Nasi goreng sardin akak belum pernah try, tapi prefer nasi goreng makan dengan sambal sardin...heeheheheh

    ReplyDelete
  5. sedap nampak.. sure wangi.. yg nugget tu lagi sedap.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..kena cuba tau, nugget tu buat lauk..hehee

      Delete
  6. ermmmm yg nie mmg pebret D5 suker sgt2 :D..

    ReplyDelete
  7. klu sardin ena suka buat speggeti sardin :)

    ReplyDelete
  8. cepat mudah. boleh cuba nii. hhuuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DESSERT PILIHAN SKALICIOUS

Tapau Meatball di IKEA