Spaghetti BEEF STROGANOFF dari myChef
Spaghetti BEEF STROGANOFF
perancangan awal mulanya daku ingin buatkan nasi goreng entah macam mana bila panaskan beef stroganoff nie atas atas dapur daku tercium bau yang sangat harum dan sedap..baunya ala2 sup cendawan bersama lada hitam..yelah sebelum buka dan panaskan produk nie daku ingatkan hanya daging masak lada hitam biasa..rupanya sangat special.
Beef Stroganoff nie di datangkan bersama Brown Rice Pilaf, tapi daku simpan nasinya untuk sahur hanya guna lauknya ubah sikit selera...
Ambil spagehetti dalam almari ..ini tak boleh jadi nie kena tukar menu.hhahahaa tak delah tukar mana pun cuma tambah itu sikit ini sikit tapi serius korang mesti cuba dapatkan Beef Stroganoff nie memang sedap hingga menjilat pinggan kaaauu...heheheh tapi ini bukan cobaan ini betul2 punya sedappp..terasa cendawan,kesegaran lada bengala dan cukup berkrim..
sebab itu jugak malam tadi daku dan en hubby telah ke Alamanda untuk mendapatkan beberapa lagi produk dari MyChef nie..sebabnya bila dah berbuka semalam terasa sangat kesedapannya dan telah mendapat idea baru untuk olah lagi Beef Stroganoff nie..yang itu tunggu yer..setakat nie korang buat yang simple nie dulu ok...agaknya layak tak daku nak join MyChef Gourmet Blog Challenge..
Bahan sikit sahaja daku tambah kerana tak nak hilang rasa asal Beef Stroganoff nie..
1. Beef Stroganoff
2. Spagehetti
3. Lada Bengala Hijau
4. Lada bengala Merah
5. Serbuk Lada Hitam
6. Daun Sup
7. Sikit Air/ Susu Cair
Caranya:
1. Rebus dulu spaghetti.
2. Panaskan Beef Stroganoff dan masukkan sedikit air supaya cair sikit.
3. Masukkan lada bengala hijau dan merah serta serbuk lada hitam..kacau sebentar
4. Asingkan bahan yang di panaskan tadi ke dalam pinggan..kuahnya tinggalkan sedikit
5. Kemudian masukkan spaghetti tadi dan gaulkan bersama hingga rata
6. Siap hidangkan dalam pinggan.
dah gaulkan dan makannn..
memang sangat sedap.. tak salah daku mencuba gandingkan Spaghetti bersama Beef Stroganoff.. Ini adalah antara peserta yang menyertai Mychefs Gourmet Blog Challenge Jemari Asmara , Reenor_Inilah Duniaku & Alam Sari..anda bila lagi???..cepat rebut hadiah menarik yang di tawarkan..maklumat lanjut boleh dapatkan di MyChef atau Koleksi1001resepi..
nampak sodap bona..terliur da ni hah, nak g carik gak lah..hahaha
ReplyDeletememang kena cari kak, saya siap beli stok malam tadi jugak..hehee tamakkann
DeleteHuaaaaaaaaaaaaaaaaa kecurrrrrrrrrrrrrrrrr hehehe. akak pernah makan yang ori punya chef zam masakkan untuk kami masa Kuliah Master kat MCM dulu memang sodapp.. waduhh kecur tak sudah ni hah dik aiiiiiiiiiii
ReplyDeletememang sedapkan kak sha..tak cukup sebenarnya tu walau makan berdua
DeleteAdoi sedapnyaaaaaa! daku terliur tengokkkkk!
ReplyDeletecepat2 dapatkan produk nie kat Carrefour Alamanda,boleh olah ikut idea sendiri.. nak join cabarannya pun boleh..hadiahnya menarik tau
Deletewahh, nampak sedap! nanti boleh cuba..
ReplyDeletethanx ye singgah blog..:)
memang sangat sedappp cubalah, thanks jugak
Deletewahhh...emmmm,sangat sedap untuk dicuba ..insyaallah =)
ReplyDeletecuba tau jangan tak cuba
Deletetgk pon da rasa sedap banget... bley la try ni ;)
ReplyDeletecubalah dijamin sedappp
Deleteclap! clap! clap! terbaekkkkk, memang Sal ni kreatif orangnya. Beef Stroganoff tu takde jual berasingan ke ek???
ReplyDeleteitulah kan kak, tak cukupp..
Deletenampak sedap sangat tu... tp sayang, mana la nak beli produk mychef kat kg kita ni.. hehe
ReplyDeleteboleh tengok klik link mychef di atas.. dalam blog nanti ader senarai tempat di mana nak dapatkan produk mychef nie..cepat cuba tau
DeleteWaaa nampak sedapnyer....
ReplyDeletememang sedap macam yang nurul pernah rasa tu...
DeleteKak zefa dah rasa beef stroganoff tu. Mmg sedap.. Cuma utk tekak melayu, tambah skit cili.. Lagi wallaaa rasanya :-)
ReplyDeleteitu yang banyak lada ditambah tu..hehehe
DeleteEhhh, xde pun kat fb mychef. Sal hantar link x?
ReplyDeletedah hantar, tapi tak pasti dah keluar ke belum
Deleteermmm...best ni...nk kena cuba ni...;)
ReplyDeletewajib cuba dan ras sendiri keenakkannya...
Deletesesekali layan western utk berbuka pun best jugakan..
ReplyDeletememang layannn...
Delete