Tuesday, 31 July 2012

Soalan KUIZ 26- 30: Kenali Shahriah Abdullah Dengan Lebih Dekat

"Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua,
Ya, Giteew"


sebagai pelengkap soalan kuiz terkumpul daku akan menjawab soalan 26 hingga 30 di sini. Mari kita mengenali Shahriah Abdullah dengan lebih dekat dengan mengetahui serba sedikit mengenai beliau dari blog- blog miliknya.

http://shashasuka.blogspot.com/ @ HoBi & KoleKsikU





Blog ini menjadi medan beliau berkongsi aktiviti yang dilakukan iaitu hobinya yang dilakukan sendiri , beliau berkongsi barang koleksi miliknya dan mengubahsuai barangan lama menjadi baru dan lebih menarik. Beliau juga tidak lokek berkongsi tips dan petua, antara tips yang dikongsi adalah mengenai penjagaan diri yang penting.

http://shahriahnovelis.blogspot.com @ NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH





Di dalam blog ini pula kita boleh mengetahui makumat terkini mengenai aktiviti promosi yang akan dijalankan oleh beliau. Karya-karya  yang beliau tulis dari dulu hingga kini, antara karya yang sedang giat dipromosikan kini adalah  novel Kerana Sebiji Epal dan buku resepi Sajian Istimewa. Beliau merupakan seorang penulis sejak tahun 2006 lagi.Bagaimana beliau mendapat idea menulis karya tururt dikongsikan bersama di dalam blog ini.

http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/ @ The Writer's Cooking!





Di sini pula beliau akan berkongsi apa sahaja resepi dan tips memasak, sekiranya anda kekurangan atau kekeringan idea untuk mempelbagaikan menu masakan, anda boleh dapatkan resepi yang di kongsi oleh beliau sendiri.Bahan yang digunakan sangat mudah didapati dan caranya sangat ringkas..kalau anda yang baru  hendak belajar memasak boleh singgah di sini untuk mendapatkan panduan dan rujukan.  Pelbagai menu boleh didapati di sini dari sayur, lauk pauk, pencuci mulut dan bermacam lagi.Beliau mula menulis blog ini sejak tahun 2010, banyangkan berapa banyak menu yang boleh kita perolehi di sini????

http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/ @ TrULy Me





Anda yang ingin mengenali beliau secara lebih dekat boleh menjengah di sini, di mana beliau menceritakan mengenai dirinya sebagai seorang ibu, penulis dan peserta Masterchef. Bagi yang berhajat untuk menyertai Masterchef akan datang anda boleh dapatkan tips penting di sini.
Keluarga beliau merupakan yang utama baginya, manakan tidak anak-anak adalah jantung hatinya dan untuk pengetahuan anda beliau seorang yang sangat peramah dan sangat periang orangnya tapi jauh di sudut hati siapa tahu beliau sangat mudah tersentuh dalam keadaan tertentu, nak tahu??? Jelajahlah ke blog miliknya ini.

http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com @ TRAvel And AdVenture Fun VaCations And best MakaN SAkAN





Beliau sangat cintakan keindahan  alam semulajadi di mana ada saja tempat yang menarik dan istimewa,   berkongsi pengalaman bercuti bersama keluarga yang sangat menyeronokkan.. dan juga terdapat gambar2 yang cantik , bukan itu saja beliau akan berkongsi tempat makan yang sedap-sedap yang boleh menyebabkan kita terliur dan wajib pergi dan makan.  Pada yang suka bercuti atau jalan2 boleh dapatkan info di sini..dan sangat menarik tagline yang di gunakan beliau iaitu PercuTIan BUdGet tetapi cukUp MenaRik! JimaT bElanJA JanjI PUas HatI...




I LIKE GITEEW  ;)....

3 comments:

  1. Assalammualaikum... wahh eja penuh bagi salam ni hehe.. tq so much dear.. cikgu sedang memberi markah.. nak berapa?? hehehe tq muahzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...sama2,tak kisah cikgu...., berpatutan dengan aper yang cikgu rasa sesuai, anak murid terima dengan hati yang ikhlas..cayang k.shahriah jugak

      Delete
  2. salam kenal dan follow sini dari kuiz kaksha juga =)

    good luck
    lobaksusue.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...